Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak patuhi ROS, tidak boleh tanding PRU

Watikah calon pilihan raya perlu ditandatan­gani pegawai yang diberi mandat oleh parti

-

KUALA LUMPUR: T i m b a l a n P e r - dana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP tidak boleh meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

I n i k e r a n a k a t a b e - liau, berdasarka­n Akta Pertubuhan 1966, watikah calon pilihan raya sesebuah parti politik perlu ditandatan­gani pegawai atau yang telah diberikan mandat oleh parti.

“Jika barisan kepimpinan partiituya­ngmahu menghantar calon merupakan jawatankua­sa atau ( barisan) kepimpinan yang tidak diiktiraf RoS, maka watikah tidak boleh dikeluarka­n mahupun diterima.

“Maka akibatnya, caloncalon daripada parti berkenaan tidak boleh bertanding,” kata Ahmad Zahid kepa-

Jika barisan kepimpinan parti itu yang mahu menghantar calon merupakan jawatankua­sa atau (barisan) kepimpinan yang tidak diiktiraf RoS, maka watikah tidak boleh dikeluarka­n mahupun diterima. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

da pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Gombak, di sini semalam.

Baru-baru ini Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata, pelantikan 20 anggota Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 Sept 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Sehubungan itu RoS mengeluark­an arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC untuk memilih 20 anggota yang sah, berpanduka­n Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembaga­an Parti DAP.

Pemilihan semula DAP pada September 2013 itu menimbulka­n kontrovers­i selepas ia dikatakan tidak didasarkan kepada senarai nama perwakilan berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Dis 2012, melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mohammad Razin dilaporkan berkata RoS berpendiri­an pelantikan ang- gota CEC dan pemegang jawatan utama melalui pemilihan semula itu tidak sah berdasarka­n aduan- aduan yang dibuat anggota DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincanga­n dalam proses pemilihan semula CEC pada 29 Sept 2013. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBERI MANDAT: Ahmad Zahid (tengah) bersama Ketua Bahagian UMNO Gombak Datuk Abdul Rahim Kamarudin pada Mesyuarat UMNO Bahagian Gombak semalam.
— Gambar Bernama DIBERI MANDAT: Ahmad Zahid (tengah) bersama Ketua Bahagian UMNO Gombak Datuk Abdul Rahim Kamarudin pada Mesyuarat UMNO Bahagian Gombak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia