Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO boleh tawan semula Selangor jika ada kerjasama

-

KUALA LUMPUR: UMNO boleh menawan semula Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasam­a dan menyelesai­kan apa juga masalah yang timbul semasa pilihan raya umum lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden parti itu berkata ini kerana keban- yakan kerusi UMNO dan Barisan Nasional terlepas ke tangan pembangkan­g dengan majoriti tipis.

“Kita kalah tipis seperti apa yang berlaku di Gombak. Saya percaya kita boleh memenangin­ya semula. Tapi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kepimpinan di peringkat atas seperti hanya berharap kepada Tan Sri Noh Omar ( Pengerusi UMNO dan BN Selangor).

“Jangan biarkan Noh dan kepimpinan bertarung bersendiri­an, perlu ada kerjasama daripada bala tentera ( anggota UMNO) untuk memenangi Selangor semula,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Gombak semalam yang turut dihadiri Noh dan Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Abdul Rahim Kamarudin.

Ahmad Zahid berkata UMNO perlu mengambil peluang daripada kerapuhan kem pembangkan­g yang masih tiada kesepakata­n dalam kerjasama selain sering bertelagah dalam soal kepimpinan.

“Saya ingin ingatkan sekali lagi bahawa pembangkan­g kini cedera teruk dan UMNO khasnya di Selangor, perlu menjaga kawasan masing- masing, bekerjasam­a, jangan bergaduh sesama sendiri untuk menawan semula negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia