Utusan Borneo (Sarawak)

Lukaku ke Old Trafford United sedia bayar 75 juta pound untuk khidmat bekas pemain Chelsea itu, satu rekod perpindaha­n British

-

LONDON, England: Penyerang antarabang­sa Belgium, Romelu Lukaku, akan menyertai Manchester United untuk satu laporan yuran perpindaha­n bernilai 75 juta pound, satu rekod perpindaha­n British untuk dua kelab tempatan, selepas satu perjanjian dipersetuj­ui dengan Everton Sabtu lepas.

Perpindaha­n pemain berusia 24 tahun itu – yang didakwa oleh penyiaran BBC termasuk nilai tambah 15 juta pound – mewakili satu kejayaan besar buat United dan pengurusny­a, Jose Mourinho, selepas bekas kelab Mourinho dan Lukaku, Chelsea, juga menjadikan Lukaku sasaran nombor satu mereka pada musim panas ini.

Apa yang kemungkina­n satu kepulangan ke Everton ialah penjaring gol terbanyak United dan juga England, Wayne Rooney, yang dirakam kamera penyiaran Sky Sports tiba di pusat latihan Everton, Finch Farm pada petang hari yang sama.

Menurut laporan media, Rooney, 31, bersedia untuk menerima potongan gaji 13 juta pound setahun untuk kembali ke bekas kelabnya, tetapi dengan janji akan bermain lebih kerap dalam kesebelasa­n utama berbanding memanas bangku simpanan di United musim lepas.

Terdapat laporan di mana beliau menjadi sebahagian dari pakej pembelian Lukaku dengan BBC mendakwa beliau tidak akan pergi tanpa yuran perpindaha­n dan juga media lain mencadangk­an United mungkin mahukan yuran perpindaha­n 10 juta pound untuk pemain yang memiliki baki kontrak setahun lagi.

Ia mempertemu­kan semula Mourinho dan Lukaku walaupun Mouri n h o a d a l a h o r a n g y a n g menjual Lukaku k e p a d a Everton pada 2014 dengan n i l a i 28 juta pound.

United berk a t a d a l a m s a t u kenyat- aan di mana ia berasa “gembira untuk mengumumka­n satu yuran telah dipersetuj­ui dengan Everton untuk perpindaha­n Romelu Lukaku, dengan syarat lulus ujian perubatan dan setuju dengan terma peribadi kelab. “Satu pengumuman lagi akan dibuat selepas ini,” tambah United. Lukaku, yang dilaporkan ditawarkan gaji lebih 200,000 pound seminggu oleh United, seharus- nya kembali ke England untuk latihan p r a m u s i m bersama Everton Khamis lepas tetapi sebaliknya dilihat bersama- sama dengan rakan baiknya yang juga pemain tengah United, Paul Pogba, yang sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). United akan ke Los Angeles minggu ini untuk jelajah pramusim.

Menurut media British, faktor penentu kesediaan Lukaku berpindah ke United dan bukan kembali ke kelab idolanya, Chelsea, adalah kerana Pogba dan ejen keduadua pemain, Mino Raiola.

Raiola berurusan sangat baik dengan United tahun lepas apa- bila mengaut 40 juta pound dari per- pindahan P o g b a ke Juv e n t u s selain m e m - b a w a H e n - r y k h Mkhi- t a r y a n d a n Zl a t a n I b - rahimovic ke United.

Cheslea dilaporkan enggan membayar yuran kepada Raiola dalam perpindaha­n Lukaku walaupun mereka ada membuat tawaran yang sama untuk pemain itu.

Dengan pengesahan pembelian Lukaku, usaha United untuk membeli Alvaro Morata dari Real Madrid sudah berakhir.

Ironinya, ia mungkin membuka peluang kepada Chelsea untuk berbincang dengan Real Madrid untuk mendapatka­n Morata.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, dilaporkan tidak marah dengan lembaga pengarah Chelsea tetapi sumber memberitah­u media di mana beliau berasa dikhianati oleh Lukaku terutama sekali selepas ada mengadakan beberapa perbincang­an dengan beliau sejak akhir musim. — AFP

Satu pengumuman lagi akan dibuat selepas ini. Kenyataan Manchester United

 ??  ?? LUKAKU
LUKAKU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia