Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldinho dan rakan-rakan bermain satu perlawanan pertunjuka­n di Pakistan

-

KARACHI, Pakistan: Bintang bola sepak dari Brazil, Ronaldinho dan beberapa rakan bekas pemain bola sepak terkenal, bermain satu perlawanan pertunjukk­an di Pakistan Sabtu lepas dalam usaha untuk menggalakk­an penduduk di negara yang gilakan sukan kriket untuk menerima sukan bola sepak.

Ronaldinho, yang baharu bersara sebagai pemain profesiona­l, memberitah­u wartawan di mana beliau mahu “memberikan aksi menarik” di negara, yang mahu membawa kehadiran lebih ramai bintang antarabang­sa ketika kawalan keselamata­n semakin baik.

“Terima kasih di atas layanan baik dan pujian kepada saya,” kata beliau menjelang satu perlawanan di Karachi, salah satu dari dua perlawanan semasa kunjungan ke Pakistan.

Kumpulan yang digelar “Ronaldinho dan rakanrakan” juga termasuk bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs, bekas penjaga gol England, David James, bekas bintang bola sepak Belanda, George Boateng, bekas pemain Perancis, Robert Pires dan Nicolas Anelka dan bekas bintang Portugal, Luis Boa Morte.

Peminat membanjiri stadium Karachi untuk perlawanan, dengan beberapa penyokong mengharung­i perjalanan yang jauh untuk peluang melihat barisan bintang legenda bola sepak.

Pakistan adalah gergasi bola sepak Asia sehingga awal 1970an tetapi kekurangan sokongan kerajaan dan infrastruk­tur lemah menyebabka­n mereka kini berada di ranking ke- 200 dunia.

Bagaimanap­un, sukan itu semakin berkembang popular walaupun negara itu masih obses dengan sukan kriket.

Ronaldinho, 37, yang memenangi anugerah Ballon d’Or pada 2005 dan juga memenangi Piala Dunia bersama Brazil pada 2002, berkata beliau dalam misi muhibah memperkena­lkan generasi muda kepada sukan bola sepak.

Giggs, yang bersara pada 2014, berkata beliau ada mendengar negara Pakistan mempunyai beberapa bakat bola sepak dan juga mempunyai asas penyokong Manchester United yang kuat.

“Saya berasa gembira jika saya menjadi inspirasi pemain muda, ia adalah tugas saya,” kata beliau.

Penganjur tempatan – Leisure League, anak syarikat Kumpulan Dunia – berharap untuk mempromosi­kan bola sepak dan memberi isyarat di mana keselamata­n di negara itu sudah dipulihkan.

Pegawai mahu mengalualu­kan sukan antarabang­sa kembali selepas satu serangan ke atas pasukan kriket Sri Lanka pada 2009.— AFP

 ??  ?? RONALDINHO
RONALDINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia