Utusan Borneo (Sarawak)

Williams gagal menjelaska­n kekurangan kepantasan kereta mereka pada sesi ujian masa kelayakan Grand Prix Austria

-

SPIELBERG, Austria: Pasukan Formula Satu ( F1) Williams, tidak dapat menjelaska­n kekurangan kepantasan kereta mereka pada sesi ujian masa kelayakan perlumbaan Grand Prix Austria Sabtu lepas, dengan pemandu veterannya, Felipe Massa, mencipta masa terburuk beliau musim ini.

Massa, yang bermula di petak pertama untuk pasukan Williams di Litar Red Bull Ring pada 2014, akan bermula di petak ke- 18 sementara rakan sepasukann­ya – yang menaiki podium di Azerbaijan dua minggu lepas – bermula di petak ke-18 dari 20 pelumba.

“Kami menjadi semakin perlahan, bermula semalam (Jumaat),” kata pengarah teknikal pasukan, Paddy Lowe. “Ia jelas di mana kepantasan tidak ada dalam kereta kami.

“Kami mengubah keseimbang­an kereta tetapi tetap gagal menjadikan ia lebih pantas. Kami mencuba beberapa perkara dalam sesi ujian masa kelayakan, tetapi masih juga gagal menjadikan kereta lebih pantas. Jadi jawapan jujur kenapa kereta kami tidak cukup pantas ialah kami sendiri tidak tahu.”

Massa, yang memenangi perlumbaan terakhir pada 2012, adalah jauh ketinggala­n dari pasukan lain dengan jentera enjin bekalan Mercedes yang sama, di litar yang sentiasa memberikan keputusan baik kepada jentera Mercedes sejak kembali dalam kalendar perlumbaan pada 2014.

Valtteri Bottas menduduki petak pertama untuk pasukan Mer- cedes sementara Sebastian Vettel dari Ferrari menduduki petak kedua perlumbaan.

Williams membawa naik taraf aerodinami­k baharu di Austria dan Lowe berkata pakej baharu itu berfungsi seperti yang dijangkaka­n.

“Pada sesi ujian bebas, ia tidak seteruk yang digambarka­n tetapi jika berdasarka­n hanya satu pusingan, ia tidak seperti yang kami jangkakan tetapi saya tidak mahu terlalu awal bercakap mengenainy­a,” tambah beliau. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia