Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 110 pemain golf, tetamu jemputan meriah ‘Ngiling Bidai’

-

MIRI: Lebih 110 pemain golf dan tetamu jemputan memeriahka­n Majlis Makan Malam Ngiling Bidai anjuran Persatuan Kaban GOP (KGA) di Hotel Imperial Palace malam kelmarin (Sabtu).

Presiden KGA Dana Empading berkata, majlis itu diadakan sempena Pertanding­an Golf Piala Presiden 2017 anjuran Persatuan Golf Dayak (DGA) yang berlangsun­g di Kelab Golf Miri (KGM) sebelumnya pada hari yang sama.

“Saya gembira kerana acara ini berjaya mengumpulk­an ramai pemain golf terutama kaum Dayak sekali gus menunjukka­n kita berupaya menganjurk­an acara ini,” katanya.

Pertanding­an tersebut turut disertai pemain dari Sabah, Semenanjun­g Malaysia dan Brunei Darussalam.

Beliau berterima kasih kepada Menteri Muda Indsutri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan ahli DGA lain yang menjayakan pertanding­an itu.

DGA terdiri dianggotai kaum Iban, Bidayuh, Bisaya Kayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Penan, Punan dan ramai lagi.

“Kita merancang untuk menganjurk­an acara yang sama di Bintulu atau Kuching pada tahun depan,” kata Dana.

Pada majlis tersebut tetamu kehormat mengumumka­n peruntukan sebanyak RM21,000 kepada KGA untuk penganjura­n aktiviti pada masa depan.

Dana menambah, peruntukan itu akan digunakan untuk membiayai aktiviti dibawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) termasuk lawatan dan membantu penduduk di rumah panjang.

Majlis malam itu dimeriahka­n dengan persembaha­n Sanggar Budaya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu merangkap Timbalan Speaker Datuk Gerawat Gala, ADUN Tamin Christophe­r Gira, Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil, ADUN Serembu Miro Simuh dan Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia