Utusan Borneo (Sarawak)

John, Rosemary juara ‘tHe Spring’s Live Active Run 2017’

-

KUCHING: John Muiriri Mburu muncul sebagai juara kategori lelaki 21 kilometer (km) pada acara larian tahunan ‘ tHe Spring’s Live Active Run 2017’ yang menyaksika­n penyertaan 3,119 orang pada tahun ini.

Beliau yang mencatat masa satu jam, lima minit berjaya menewaskan James Munyi Meregu (1.07) dan David Mutai (1.09).

Manakala kategori 21km wanita dimenangi Rosemary Mumo Katua yang merekodkan masa satu jam 18 minit, mengalahka­n Naomi Wambui Muriuku ( 1.26) dan Dorcus Jebotip Tarus (1.30).

John dan Rosemary, yang masing-masing berjaya mendapat tempat pertama untuk kategori lelaki dan wanita, membawa pulang wang tunai RM3,000 selain trofi dan produk bernilai RM800.

Manakala pemenang tempat kedua menerima wang tunai RM2,000, trofi dan produk bernilai RM500 dan tempat ketiga (wang tunai RM1,500, trofi dan produk bernilai RM300).

Bagi kategori veteran lelaki 21km, tempat pertama dimenangi Alex Tiong apabila mencatat masa satu jam, 28 minit, diikuti Lee Kim Hing (1.29) di tempat kedua dan Sabri Sedi (1.32) di tempat ketiga.

Ling Mee Eng pula muncul sebagai pemenang tempat pertama untuk kategori wanita veteran 21km setelah merekodkan masa satu jam 44 minit, menewaskan Yeong Mei Lun (1.47) dan Tang Sii Eng (1.49)

Pemenang tempat pertama bagi kategori lelaki dan wanita veteran 21KM masing- masing membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan produk bernilai RM800, manakala tempat kedua menerima RM500, trofi dan produk bernilai RM500 sementara tempat ketiga mendapat wang tunai RM300, trofi dan produk bernilai RM300.

Kategori 10km lelaki pula dimenangi oleh Willy Kipkemoi Rotich setelah men- catat masa 30 minit, mengalahka­n Benson Kariuki Waruguru dan Sunny Jong yang masing-masing merekodkan masa 32 minit dan 36 minit.

Sementara kategori 10km wanita dimenangi Lee Leh Ha setelah merekodkan 45 minit, menewaskan Wong Mee King dan Then Cai Ni yang masing-masing mencatat 51 minit dan 55 minit.

Tempat pertama bagi kategori 10km lelaki veteran dimenangi oleh Jack Leong dengan masa 43 minit, tempat kedua pula jatuh kepada Mohamad Sharif Mohamad Ekbar ( 44 minit) setelah menewaskan Abdul Rahman Othman (45 minit).

Eng Siew Jin pula mendapat tempat pertama untuk kategori 10km wanita veteran dengan masa 54 minit, mengalahka­n Lau Chui Ming (57 minit) dan Tee Hung Sieng (1 jam 9 minit).

Untuk kategori veteran 10km lelaki dan wanita, pemenang tempat pertama mendapat RM500, trofi dan produk bernilai RM500, tempat kedua menerima RM300, trofi dan produk RM300 manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang RM100, trofi dan produk RM200.

Selain itu, kategori lain seperti Fun Run 5km dan 1km Kids Dash turut diadakan.

Pelepasan larian 5km disempurna­kan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai manakala Pengarah Forest City Zhang Xin membuat pelepasan bagi kategori 10km sementara kategori separuh maraton disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia Tomoyuki Shinnishi.

Acara itu yang memasuki edisi keenam tahun ini, akan menyalurka­n sumbangan RM10,000 masing- masing kepada Persatuan Dialisis Cahaya Kuching, Hope Place Kuching dan Persatuan Untuk Miskin Bandar Kuching (SKUP).

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: John (tengah) diapit James dan David setelah menjuarai kategori 21KM lelaki.
TAHNIAH: John (tengah) diapit James dan David setelah menjuarai kategori 21KM lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia