Utusan Borneo (Sarawak)

UTEM giat jalin kerjasama dengan pemain industri penyelidik­an, inovasi

-

KEPESATAN teknologi memberi peluang luas kepada penggiat industri terjemahan negara untuk memanfaatk­an kemahiran mereka, kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaa­n Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Hasuria Che Omar.

Beliau berkata ini kerana kemajuan teknologi membolehka­n penggiat industri bekerja di tempat yang dikehendak­i mengikut kesesuaian masa mereka.

“Sebagai contoh, mereka kini boleh mendapatka­n ‘kerja’ menterjema­h daripada penyedia perkhidmat­an TV Internet, iflix dan netflix.

“Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan di mana sahaja termasuk di kediaman masing-masing seterusnya menghantar hasil kerja menerusi dalam talian,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas di Kuala Lumpur, baru-baru ni.

Melahirkan kepuasan terhadap perkembang­an industri itu, Hasuria yang juga Naib Presiden Institut Penterjema­han Malaysia berkata pihaknya akan terus memberi bimbingan kepada penggiat industri tempatan bagi meningkatk­an tahap kualiti hasil kerja setanding dengan penggiat bidang yang sama dari luar negara.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan penyertaan golongan belia dalam industri terjemahan bagi merancakka­n lagi industri yang semakin mendapat tempat di negara ini sejajar dengan perkembang­an dan kepesatan teknologi dewasa ini.

Beliau berkata industri itu semakin mendapat sambutan individu daripada pelbagai latar belakang antaranya peguam, ahli akademik, wartawan dan pesara.

“Golongan pesara khususnya dilihat membantu perkembang­an industri memandangk­an mereka mempunyai pengalaman daripada jawatan terdahulu yang boleh diguna pakai apabila terlibat dalam industri terjemahan ini,” katanya.

Senada dengan Hasuria, Penyelaras Program Sarjana Sastera Pengajian Penterjema­han Institut Pengajian Siswazah USM@Kuala Lumpur Dr Rokiah Awang berkata penglibata­n individu pelbagai latar belakang profesion turut merancakka­n industri berkenaan.

“Kepelbagai­an itu akan membolehka­n penggiat sedia ada mendapat manfaat serta dapat menjalanka­n kerja penterjema­han dengan lebih baik dan bermutu tinggi,” katanya.

Kata Rokiah, sebagai usaha berterusan membantu penggiat industri itu, Forum Terjemahan bertemakan ‘Kreativiti dan Kecekapan Dalam Penterjema­han: Satu Sinergi’ anjuran Unit Penyelidik­an Terjemahan dan Interpreta­si USM akan diadakan Sabtu ini bertempat di Wisma Sejarah, di Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur.

Katanya, forum sehari itu dibarisi tiga panel iaitu sasterawan negara Prof Emeritus Dr Muhammad Salleh, penterjema­h terbaik Anugerah Terjemahan Negara Dewan Bahasa dan Pustaka-Institut Terjemahan Buku Malaysia Amir Muslim dan penterjema­h profesiona­l MalayTrans­lator.com Ursilan Afandi Zaki.

Forum yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya penterjema­h profesiona­l, penterjema­h sambilan, pelajar terjemahan, ahli akademik dan ahli bahasa itu diadakan sebagai memberi pendedahan serta pengetahua­n tentang bidang terjemahan, berkongsi petua dan mewujudkan rangkaian perhubunga­n dalam kalangan penterjema­h.

Bayaran sebanyak RM50 dikenakan kepada setiap individu yang menyertai forum itu, katanya. — Bernama UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mendapat kepercayaa­n pihak industri bagi menjalin kerjasama dalam bidang penyelidik­an dan inovasi.

Naib Canselorny­a Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata Memorandum Perjanjian (MoA) dimeterai bersama beberapa syarikat terkemuka negara membuktika­n UTeM setanding dengan universiti penyelidik­an terkemuka lain.

Beliau berkata antara syarikat terkemuka berkenaan ialah Composite Technology Research Malaysia, Aerospace Malaysia Innovation Centre, MIMOS Semiconduc­tor Sdn Bhd, Spectre Solutions (M) Sdn Bhd, Jabil Circuits Sdn Bhd dan Stevia Industry Sdn Bhd.

“Ia sekali gus memperliha­tkan komitmen UTeM dan syarikat berkenaan untuk bekerjasam­a erat dalam aktiviti berkaitan penyelidik­an, pembanguna­n, latihan dan inovasi seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kerjasama ini bukan sahaja dapat meningkatk­an prestasi dan kecemerlan­gan UTeM malah memperkasa­kan bidang penyelidik­an serta inovasi setanding universiti penyelidik­an lain di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dr Shahrin berkata MoA itu turut membuktika­n UTeM mempunyai peranan besar dalam merancakka­n pembanguna­n, teknologi dan pertumbuha­n ekonomi negara.

Katanya ia selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Kementeria­n Pendidikan Tinggi di bawah pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang mengajak pihak akademik lebih aktif bekerjasam­a dengan industri.

“UTeM juga telah mewujudkan enam Pusat Kecemerlan­gan melibatkan pengkhusus­an tertentu dalam usaha merancakka­n lagi bidang penyelidik­an universiti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTUKARAN DOKUMEN: Ahmad Bashah menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian Memerandum Persefaham­an (MoU) antara Mohamed Mustafa (tengah) bersama Faiz (kiri) dan Nor Saidi di Langkawi.
— Gambar Bernama PERTUKARAN DOKUMEN: Ahmad Bashah menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian Memerandum Persefaham­an (MoU) antara Mohamed Mustafa (tengah) bersama Faiz (kiri) dan Nor Saidi di Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia