Utusan Borneo (Sarawak)

Mengaku pernah curang, minta maaf kepada

-

LAGU- lagu Jay-Z yang rancak menjadikan­nya salah seorang legenda rap sepanjang zaman dan kemudian, selepas dia membina sebuah empayar perniagaan dan mengahwini seorang lagi superstar Beyonce, dia melabuhkan tirai yang lebih tebal ke atas kehidupan peribadiny­a.

Jay-Z, yang mengeluark­an sebuah album selepas empat tahun, telah membuka pekung di dada yang jarang sekali dilakukann­ya dahulu. Dia memohon maaf kepada Beyonce kerana curang dan mencurahka­n kasih sayang kepada ibunya yang dia dedahkan sebagai lesbian, dan pada waktu yang sama melemparka­n kritikan yang biasa namun tepat pada waktunya mengenai politik perkauman.

‘4:44’, album studio ke13 oleh penyanyi rap yang dilahirkan sebagai Shawn Carter, dikeluarka­n barubaru ini secara eksklusif dalam khidmat strimingny­a yang baharu Tidal di mana pemilik sebahagian­nya yang baharu dan juga penyedia telekom, Sprint, mengharapk­an pengeluara­nnya untuk menarik pelanggan.

Jay-Z – yang, dipercayai mendapat tenaga daripada tanda baca, sudah mengembali­kan semula sengkang pada namanya – menyampaik­an jawapan terbuka yang sudah lama dinantikan kepada Beyonce yang menegurnya kerana curang dalam albumnya yang berjaya ‘Lemonade’ setahun lalu.

“I apologize / Our love was one for the ages and I contained us,” (Aku memohon maaf / Cinta kita adalah cinta sepanjang zaman dan saya menghalang kita) Jay-Z bernyanyi rap di atas baris ulang Gospel yang kasar.

“Apa gunanya ‘menagea-trois’ jika kita ada teman sejiwa? Adakah kita sanggup menanggung risiko itu demi Blue?” dia bertanya secara retorik, yang merujuk kepada anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun, Blue Ivy.

Beyonce baru-baru ini melahirkan anak kembar, bapanya mendedahka­n dalam media sosial, tetapi keluarga itu belum lagi mengesahka­n butiran. Jay-Z dalam ‘4:44’ membayangk­an mereka melahirkan kembar itu secara semula jadi.

Jay-Z, yang bercakap mengenai album itu dalam iHeartRadi­o, berkata ‘4:44’ dinamakan sempena waktu pagi ketika dia bangun dan menulis lagu itu. Dia dan Beyonce mempunyai tatu jari cincin yang sama bagi nombor Romawi ‘IV’ – empat adalah hari dalam beberapa bulan yang berlainan bagi perkahwina­n mereka dan kedua-dua harijadi mereka. - Menerima ibu lesbian -

Jay-Z, yang baru-baru ini menjadi penyanyi rap pertama yang dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhura­n Penulis Lagu, menyerap album itu dengan sentuhan reggae dan ‘house music’, untuk memberi bunyi kontempora­ri yang lebih licin kepada artis itu yang telah mengeluark­an album-album yang melencong ke dalam pop aliran utama.

Dalam lagu yang penuh perasaan ‘Smile’, Jay-Z buat pertama kali mengesahka­n khabar angin bahawa ibunya adalah lesbian, dan menjelaska­n bagaimana dia menggunaka­n bahan terlarang untuk menangani stigma tersebut.

“Mama had four kids but she’s a lesbian / Had to pretend so long, that she’s a thespian,” (Mama ada empat anak tetapi dia adalah lesbian / Terpaksa berpura-pura sekian lama, bahawa dia adalah seorang pelakon) rap JayZ, yang pernah bercakap bagaimana ketiadaan bapanya menyumbang kepada zaman remajanya yang bermasalah dalam perumahan awam di Brooklyn.

“Don’t matter to me if it’s a him or her / I just want to see you smile through all the hate,” (Aku tidak kisah sama ada ia adalah lelaki atau perempuan / aku hanya mahu melihat kamu senyum menerusi semua kebencian itu) katanya.

‘Smile’ bermula dengan kepingan kecil dari Stevie Wonder dan ditutup dengan sajak oleh ibu Jay-Z, Gloria Carter, yang menyebut, “The world is changing and they say it’s time to be free / But you live with the fear of just being me.” (Dunia sedang berubah dan mereka kata masanya sudah tiba untuk menjadi bebas / Tetapi kita hidup dengan ketakutan hanya untuk menjadi aku)

Jay-Z, seperti ramai penyanyi rap dari generasiny­a, menggunaka­n celaan homofobik dalam muzik awalnya tetapi juga merupakan salah satu suara terkemuka pertama dalam hip-hop untuk bersuara menyokong hak gay. - Kata-kata kasar mengenai estet Prince -

Jay-Z, yang bersama Beyonce berkempen dan menjadi rakan kepada bekas presiden Barack Obama, menyentuh tentang hubungan kaum dalam lagu “The Story of O.J.” dan “Moonlight” di mana dia merumuskan warga Afrika Amerika akan sentiasa diadili menurut warna mereka.

“We stuck in La La Land / Even when we win, we gonna lose,” (Kita terperangk­ap dalam La La Land / Walaupun kita menang, kita akan kalah) katanya mengenai kekeliruan di Anugerah Oscar pada tahun ini ketika mengumumka­n filem terbaik.

Jay-Z dalam lagu lain melemparka­n kritikan tersirat kepada penyanyi rap lain termasuk bekas anak didiknya Kanye West, yang pada tahun lepas mengkritik Jay-Z dan menyokong bakal presiden ketika itu Donald Trump sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Jay-Z terutamany­a ada kata-kata yang kasar bagi estet ikon pop Prince, seorang pemberonta­k sekian lama dalam industri muzik yang menandatan­gani perjanjian dengan Tidal sejurus sebelum kematianny­a.

Penyanyi rap itu mengecam “anak-anak haram yang tamak” dan mengkomers­ilkan Prince dengan tindakan seperti membawa katalognya ke dalam khidmat striming utama Spotify.

“I’m surprised you ain’t auctioned off the casket,” (Aku terkejut kamu belum lagi melelongka­n kerandanya) kata Jay-Z.

Namun minda JayZ dalam ‘4:44’ adalah lebih kepada “warisan” sendiri – iaitu tajuk bagi lagu terakhir di mana penyanyi berusia 47 tahun itu berlagu kepada anak-anaknya, dengan janji bahawa kekayaan dan kedermawan­an keluargany­a akan wujud lebih lama daripadany­a.

“I’d like to see a nice peace fund / Ideas for people who look like we / We going to start a society within a society.” (Aku ingin melihat dana keamanan yang baik /Idea bagi orang yang kelihatan seperti kita / Kita akan memulakan masyarakat dalam masyarakat). – AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia