Utusan Borneo (Sarawak)

CERITA BIDAYUH KALENG DAN KUMANG RUWAI

-

PADA suatu masa dahulu ada seorang perempuan yang bernama Kumang Ruwai. Kumang Ruwai merupakan anak bongsu. Dia mempunyai empat orang abang. Semasa baru berusia empat hari ibu bapanya telah bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat untuknya. Abangabang­nya lalu disuruh pergi menuba ikan untuk dibuat lauk.

Bagaimanap­un abangabang­nya gagal memperoleh seekor ikan pun meskipun banyak tuba yang mereka gunakan. Sejurus kemudian, salah seorang daripada mereka telah mencadangk­an mereka menggunaka­n sedikit titisan darah dari jari Kumang Ruwai sebagai tuba. Menurutnya, setitik darah Kumang Ruwai sudah cukup untuk mem- bunuh semua ikan dalam sungai tersebut.

Pada mulanya ibu bapa mereka tidak setuju tetapi kerana hendak mengadakan kenduri tersebut, mereka akhirnya bersetuju dengan cadangan itu. Bagaimanap­un mereka berpesan agar jari Kumang Ruwai tidak dipotong tetapi sekadar dicucuk sedikit saja. Kumang Ruwai pun dibawa ke sungai berkenaan tetapi dalam keghairaha­n untuk menuba ikan, abangnya telah terpotong akan jarinya. Darah daripada luka di jari Kumang Ruwai mengalir tanpa henti dan akhirnya dia pun mati kerana kehilangan banyak darah.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut, mayat Kumang Ruwai yang dibiarkan di tepi sungai itu pun mula reput dan dimakan RUANGAN BAHASA BIASAKAN YANG BETUL SIRI 12: DARI DAN DARIPADA Kata sendi nama digunakan untuk menyatakan arah, tempat, atau waktu, manakala kata sendi nama

digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan menunjukka­n perbezaan atau perbanding­an. Contoh: 1. Angin kencang bertiup dari arah selatan. 2. Orang tua itu merantau dari Kedah ke Johor. 3. Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi hingga pukul empat petang. Berdasarka­n tiga contoh ayat yang telah diberikan jelas menunjukka­n bahawa kata sendi nama digunakan untuk menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh ayat bagi kata sendi nama adalah seperti yang berikut: 1. Sumbangan ikhlas ini daripada beliau. 2. Pemain sarkas itu menerima bola daripada angnya. 3. Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu. 4. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. 5. Ukiran itu diperbuat daripada logam. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada tama. beru- edisi per- Berdasarka­n contoh-contoh ayat tersebut dapat disimpulka­n bahawa kata sendi nama digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan menunjukka­n perbezaan atau perbanding­an. Penggunaan kata sendi nama ini hanya terhad kepada perkara yang telah disebut tadi. ulat. Ulat-ulat itu seterusnya telah dimakan oleh burung merak (ruai) yang kemudian terbang lari ke dalam hutan.

Beberapa lama kemudian ulat-ulat dalam perut burung merak itu pun bersatu dan memakan habis isi dan tali perut burung tersebut. Kini, yang tinggal hanyalah kulit dan bulu burung itu saja. Daripada ulat-ulat itu Kumang Ruwai bangkit dan hidup semula di dalam kulit burung merak. Dia boleh terbang ke mana-mana sambil menyanyi siang dan malam.

Saya menunggu di sana di sini

Menunggu kamu yang pergi menuba

Kata ibu, kamu cuma dibenarkan mencucuk jari

Tapi kamu memotongny­a pula

Setiap hari selama setahun, Kumang Ruwai yang sekarang berada dalam kulit burung merak akan menyanyi demikian.

Pada suatu hari, burung merak itu telah terbang sehingga sampai di huma yang dimiliki oleh pemuda kacak bernama Kaleng. Kaleng terdengar nyanyian itu dan berasa hairan serta terharu. Dua tiga hari kemudian dia pun memasang jerat di situ. Hari berikutnya dia mendapati burung ruai tersebut terperangk­ap dalam jerat itu. Bulu burung itu sangat cantik. Kaleng pun bercadang untuk membela burung tersebut di dangaunya. Burung itu diikatnya pada tiang dangau.

Pada suatu malam, ketika Kaleng sedang nyenyak tidur, Kumang Ruwai pun keluar dari dalam kulit burung merak dan memakan semua pinang dari kotak sirih Kaleng. Selepas makan pinang itu dia masuk semula ke dalam kulit burung itu. Apabila Kaleng bangun dia mendapati pinangnya sudah habis dimakan orang. Di atas lantai ada bekas kunyahanny­a. Pada mulanya dia menyangka ada perempuan kampung datang makan pinangnya pada sebelah malam tetapi dia tidak mencurigai burung merak itu.

Selepas itu Kaleng pun turun ke sawah. Semasa ketiadaann­ya Kumang Ruwai sekali lagi keluar dan kali ini makan semua nasi dan makanan Kaleng yang ditinggalk­an, kemudian masuk semula ke dalam kulit burung merak. Perkara ini berlaku dua tiga hari berturut-turut. Kadang-kadang Kumang Ruwai juga memasak untuk Kaleng. Akhirnya Kaleng memasang perangkap sekali lagi. Kali ini dia sengaja menyediaka­n pinang jenis yang memabukkan di dalam kotak sirihnya sebelum dia tidur.

Ketika dia sedang nyenyak tidur Kumang Ruwai pun keluarlah sekali lagi dan terus makan pinang itu sehingga habis. Dia lalu kemabukan dan tersadai dekat tempat tidur Kaleng, tidak sempat untuk masuk semula ke dalam kulit burung merak.

Menjelang tengah malam, apabila Kaleng bangun untuk membuang air dia ternampak seorang gadis yang cantik berbaring dekat tempat tidurnya. Kaleng lalu

Pada suatu hari, burung merak itu telah terbang sehingga sampai di huma yang dimiliki oleh pemuda kacak bernama Kaleng. Kaleng terdengar nyanyian itu dan berasa hairan serta terharu. Dua tiga hari kemudian dia pun memasang jerat di situ. Hari berikutnya dia mendapati burung ruai tersebut terperangk­ap dalam jerat itu. Bulu burung itu sangat cantik. Kaleng pun bercadang untuk membela burung tersebut di dangaunya. Burung itu diikatnya pada

dangau.” tiang

mengangkat dan membaringk­annya di atas tempat tidur kemudian cepat-cepat membakar kulit burung merak itu. Selepas itu dia pun berbaring di situ juga dan tidur bersama Kumang Ruwai sampai ke pagi.

Apabila Kumang Ruwai terbangun keesokan pagi, dia terperanja­t kerana mendapati dia telah tidur semalaman dengan Kaleng dan kulit burung meraknya pula sudah tiada lagi. Kumang Ruwai berasa malu tetapi dipujuk oleh Kaleng untuk menjadi isterinya. Akhirnya dia pun bersetuju.

Kini Kaleng dan Kumang Ruwai sudah menjadi suami isteri tetapi masih tinggal di dangau di sawah Kaleng itu. Sementara Kaleng turun ke sawah atau pergi ke dalam hutan untuk mencari rotan atau berburu, Kumang tinggal di rumah menganyam pelbagai jenis tikar, bakul dan sebagainya.

Pada suatu hari, Kaleng pun balik ke kampung untuk mengambil bekalan seperti beras dan pinang serta sedikit pakaian untuk isterinya. Ibunya berpesan agar dia tidak bermalam lama di huma. Selepas tiga empat hari dia mesti pulang ke kampung kerana masih banyak kerja di kampung yang perlu diuruskan.

Bagaimanap­un Kaleng tidak pulang dalam tempoh yang dipesan itu. Sesudah menunggu beberapa hari dan Kaleng masih juga tidak pulang ibunya pun menghantar salah seorang anak lelakinya untuk menjemput Kaleng pulang. Bagaimanap­un apabila dia sampai di huma Kaleng, dia lupa untuk pulang kerana terlalu asyik tinggal dan menemani kakak iparnya yang cantik itu.

Ibu Kaleng kemudian menghantar seorang lagi anak lelakinya untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Anaknya yang ini juga lupa untuk pulang kerana asyik tinggal dan menemani kakak iparnya. Begitulah seterusnya sehingga semua adik-beradik Kaleng dihantar ke sawah Kaleng tetapi semuanya juga tidak balik.

Akhirnya ibu Kaleng sendiri yang datang men- carinya tetapi apabila dia sampai di sana dia juga tidak mahu pulang. Dia memerintah­kan adik-beradik Kaleng yang lain untuk pulang membuat kerja-kerja yang tertangguh di kampung sementara dia sendiri tinggal bersama Kaleng dan isterinya di huma.

Tidak lama selepas itu padi pun masak. Kini tibalah masanya untuk menuai. Kebanyakan orang lain mengambil masa hampir sebulan untuk menuai padi mereka tetapi Kaleng suami isteri hanya mengambil masa seminggu dua. Walau bagaimanap­un, hasil padi mereka cukup lumayan.

Apabila musim menuai sudah berakhir, ibu Kaleng pun memujuk menantunya untuk balik dan tinggal bersama mereka di kampung. Pada mulanya Kumang Ruwai menolak kerana berasa malu dengan latar belakangny­a yang tidak ubah seperti orang yang dipungut dari hutan. Bagaimanap­un setelah puas dipujuk dia akhirnya bersetuju juga.

Mereka sekeluarga pun pulanglah ke kampung sebenar Kaleng. Jiran dan orang kampung membantu mereka membawa dan mengangkut hasil padi mereka yang banyak itu. Tidak lama selepas itu Kaleng dan Kumang Ruwai pun berkahwin secara sah mengikut adat kampung. Majlis perkahwina­n itu diadakan besar-besaran dan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam. Mereka berdua hidup bahagia selama-lamanya.

Apabila musim menuai sudah berakhir, ibu Kaleng pun memujuk menantunya untuk balik dan tinggal bersama mereka di kampung. Pada mulanya Kumang Ruwai menolak kerana berasa malu dengan latar belakangny­a yang tidak ubah seperti orang yang dipungut dari hutan. Bagaimanap­un setelah puas dipujuk dia akhirnya

juga.” bersetuju

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia