Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian Netflix akan dimuktamad bulan depan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Internet Exchange (MyIX) akan memuktamad­kan perjanjian­nya dengan syarikat hiburan dalam talian yang popular di Amerika Syarikat, Netflix, untuk menyediaka­n kandungan video dan filemnya di Malaysia, pada akhir Ogos, kata Pengerusi Chiew Kok Hin.

MyIX, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan adalah Internet Exchange neutral yang pertama apabila Penyedia Perkhidmat­an Internet ( ISP) tempatan dan penyedia kandungan berhubung untuk menukar trafik Internet.

Beliau berkata dengan perjanjian yang dimeterai dengan syarikat hiburan itu, negara jiran seperti Indonesia juga boleh mendapat kandungan dari Malaysia dengan bayaran nominal, yang membuka laluan kepada negara untuk menjadi hab kandungan pada masa akan datang.

“Kami berharap dengan perjanjian itu, kami dapat menarik penggiat antarabang­sa yang lain untuk datang ke Malaysia pada masa akan datang dan kami sedang berusaha untuk menjadikan negara sebagai gerbang pertukaran Internet serantau,” katanya kepada Bernama.

Netflix adalah sebuah syarikat hiburan dalam talian yang popular di Amerika Syarikat yang menyediaka­n pelbagai video dan filem selain merupakan syarikat Internet kesembilan terbesar di dunia dengan perolehan (AS$8.83 bilion).

Chiew berkata dengan negara menjadi gerbang per- tukaran Internet, ia akan menarik negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kandungan mereka.

“Ia akan membawa kandungan lebih dekat dengan kita dan negara-negara jiran bukan sahaja akan menjimatka­n kos tetapi juga dapat meningkatk­an kualiti kandungan,” katanya.

Sejak penubuhan MyIX pada 2006, ia telah memeterai perjanjian dengan pelbagai pihak termasuk Alibaba dan Yahoo.

Chiew juga berkata kos untuk membawa kandungan telah merosot sejak beberapa tahun, membolehka­n syarikat telekomuni­kasi (telco) mengurangk­an harga mereka dan menawarkan lebih banyak data dan jalur lebar kepada pelanggan mereka.

“Dengan ini dilaksanak­an ( penguranga­n kos), harga yang ditetapkan oleh syarikat telco dipantau oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan ia ditetapkan dengan adil,” katanya.

Bagi kelajuan Internet di negara ini, Chiew, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AIMS Data Centre Sdn Bhd berkata, keseluruha­n kelajuan yang ditawarkan kepada pengguna Internet di Malaysia adalah memuaskan.

Bagaimanap­un, masih terdapat kawasan tertentu di negara ini yang tidak menerima liputan Internet yang baik.

“S y a r i k a t t e l c o t e l a h mengambil langkah untuk meningkatk­an sambungan mereka tetapi diakui bahawa masih terdapat halangan untuk menyediaka­n kelajuan Internet yang pantas, di seluruh negara,” katanya.

Projek Perkongsia­n Generasi Ketiga ( 3GPP), pada awal tahun ini, disebut pada persidanga­n antarabang­sa bahawa jadual Generasi 5 (5G) dipercepat, yang akan membolehka­n penempatan dan percubaan berskala besar berasaskan 3GPP seawal 2019, akan dikomersia­lkan, di seluruh dunia, menjelang 2020.

3GPP menyatukan pelbagai organisasi pembanguna­n standard telekomuni­kasi dikenali sebagai ‘Rakan Organisasi’ dan menyediaka­n ahli- ahli mereka dengan persekitar­an yang stabil untuk menghasilk­an laporan dan spesifikas­i yang menentukan teknologi 3GPP. — Bernama KUALA LUMPUR: Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) mengukuhka­n pengaruh dan capaian globalnya dengan keahlian meningkat 5.5 peratus kepada lebih 198,000 ahli dan 486,000 pelajar di seluruh dunia.

Keahlian ACCA meliputi 180 negara, menjadikan­nya antara komuniti akauntan profesiona­l semasa dan masa depan yang terbesar dan pelbagai di dunia. Ahli disokong melalui rangkaian 101 pejabat dan pusat di 52 negara.

“Pada 2016- 2017, kami melihat beberapa inisiatif utama membuahkan hasi l – d a r i p a d a p e r i k a - tan strategik kami dengan CA ANZ ( Chartered Accountant­s Australia and New Zealand) hingga pelancaran penyelidik­an ‘Akauntan Profesiona­l – Masa Depan’ kami yang meneliti prospek profesion perakaunan.

“Kami turut mengumumka­n perubahan besar kepada Kelayakan ACCA berdasarka­n kepada dapatan kami,” kata Ketua Eksekutif ACCA, Helen Brand OBE dalam kenyataan di sini.

ACCA akan meneruskan momentum kukuhnya pada tahun- tahun akan datang, katanya.

“Kami akan terus melabur dalam pertubuhan kami yang pelbagai ahli dan pelajar untuk memastikan Kelayakan ACCA dan profesion perakaunan terus relevan dan mendapat permintaan dalam dunia yang berubah dengan pesat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia