Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangka diniagakan rendah

Dipengaruh­i pengambila­n untung, kebimbanga­n mengenai kenaikan kadar faedah AS

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu ini berikutan pengambila­n untung dan dipengaruh­i oleh kebimbanga­n mengenai kenaikan kadar faedah AS, selain penurunan harga komoditi.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata beliau menjangka FTSE Bursa Malaysia KLCI utama akan mengalami pembetulan selanjutny­a, dengan 1,750 sebagai sasaran terdekat, susulan prestasi saham global yang rendah.

“Kami melihat keinginan pelabur bagi ekuiti global lembap, berikutan kebimbanga­n terhadap penguranga­n kuantitati­f di rantau ini yang membawa kepada jualan pasaran global.

“Kebanyakan pasaran global susut selepas minit mesyuarat Rizab Persekutua­n yang lepas menu n j u k k a n k e k u r a n g a n konsensus mengenai kadar kenaikan kadar faedah pada masa akan datang, manakala harga minyak turun lebih rendah selepas peningkata­n sementara sehari sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

Sepanjang minggu lepas, bursa tempatan diniagakan kebanyakan­nya dalam keadaan berhati- hati berikutan banyak peserta memilih untuk tidak berdagang secara agresif, berikutan mereka mahu membiarkan pasaran reda sementara waktu, sebelum membeli saham.

Ini menunjukka­n peserta pasaran tidak menjangkak­an peningkata­n Bursa Malaysia berikutan ia telah berada dalam keadaan jajaran kecil.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 3.74 mata kepada 1,759.93 daripada 1,763.67 pada Jumaat lepas, susulan ketidakten­tuan dalam pasaran ekuiti, bon dan mata wang, selain dipengaruh­i oleh prestasi Wall Street.

Indeks FBM Emas turun 48.17 mata kepada 12,550.77, Indeks FBMT 100 susut 46.82 mata kepada 12,188.07 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 55.90 mata kepada 12,766.25.

FBM 70 berkuranga­n 136.00 mata kepada 14,937.83 dan FBM Ace jatuh 34.60 mata kepada 6,528.30.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 3.59 mata kepada 16,762.59, Indeks Perusahaan turun 27.27 mata kepada 3,243.29 dan Indeks Perladanga­n merosot 41.21 mata kepada 7,871.99

Minggu ini menyaksika­n jumlah dagangan meningkat kepada 8.01 bilion unit bernilai RM8.53 bilion daripada 4.29 bilion unit bernilai RM5.72 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 5.52 bilion saham bernilai RM7.99 bilion daripada 2.98 bilion saham bernilai RM5.46 bilion.

Jumlah waran naik kepada 687.91 juta unit bernilai RM95.23 juta daripada 389.96 juta unit bernilai RM49.47 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.71 juta saham bernilai RM407.48 juta daripada 905.76 juta saham bernilai RM202.37 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia