Utusan Borneo (Sarawak)

PTKL terus meningkat minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur ( PTKL) dijangka terus meningkat minggu ini berikutan permintaan kukuh bagi komoditi itu, susulan saham di penanda aras Bursa Logam London (LME) merosot.

Peniaga berkata sehingga pada Mei 2017, saham timah di LME hanya berjumlah 1,910 tan.

“Ini telah menjadi trend bagi pasaran timah dan kami melihat harga bergerak antara AS$ 19,800 dan AS$ 20,200 satu tan minggu ini. PTKL juga akan menjejaki harga timah di Bursa Logam London,” katanya.

Bagi minggu baharu berakhir, PTKL diniagakan antara AS$ 19,950 dan AS$20,200 satu tan.

Pasaran tempatan menyaksika­n penyertaan dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, United Kingdom, Bangladesh dan Pakistan.

Pada asas mingguan, harga PTKL meningkat AS$30 kepada AS$ 20,030 satu tan pada Jumaat, manakala LME susut AS$ 100 kepada AS$19,950 satu tan daripada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 166 tan daripada 134 tan. — Bernama KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu ini dengan Bank Negara Malaysia dijangka menawarkan beberapa tender bagi menyerap lebihan dana daripada sistem.

Untuk minggu baharu berakhir yang dipendekka­n dengan cuti, kadar semalaman disebut harga pada 2.96 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masingmasi­ng berada pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.

Bank pusat itu telah campur tangan pada asas harian bagi menyerap lebihan kecairan dengan menjalanka­n tender lelongan matang, tender Qard, lelongan matang Islam, program murabahah komoditi, repo terbalik dan pasaran wang konvension­al.

Ia juga menjalanka­n tender pasaran wang Qard dan tender pasaran wang kon- vensional.

J u m l a h l e b i h a n k e - cairan untuk minggu baharu berakhir merosot kepada RM30.14 bilion dalam operasi konvension­al berbanding RM34.97 bilion Jumaat lepas dan dana Islam jatuh kepada RM6.32 bilion berbanding RM13.29 bilion sebelum ini.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.43 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia