Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka pulih minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksika­n peningkata­n semula pada minggu ini menjejaki pasaran niaga hadapan serantau yang pulih dan jangkaan pertumbuha­n permintaan yang berterusan bagi getah asli, kata peniaga.

Pasaran niaga hadap a n B u r s a K o m o d i t i Tokyo ( TOCOM), yang menetapkan harga bagi harga getah gred tayar di Asia Tenggara, dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai ( SHFE), meningkat semula berikutan aktiviti membeli saham pada harga rendah pada Jumaat.

“Susulan pasaran serantau kelihatan pulih, aktiviti membeli saham pada harga rendah dan pembetulan teknikal dapat dijangka di pasaran tempatan minggu depan ( minggu ini).

“Bagaimanap­un, penurunan harga minyak mentah yang berterusan boleh mempengaru­hi harga getah asli. Ini apabila harga minyak mentah jatuh, kadar getah sintetik juga akan merosot,” kata peniaga kepada Bernama.

Bagi minggu baharu berakhir, harga getah berada di bawah tekanan jualan yang tinggi susulan perbincang­an bahawa negara- ne- gara pengeluar di Asia Tenggara telah memasuki tempoh pengeluara­n yang tinggi sejak awal Jun.

Walaupun susut, penanda aras kontrak getah di TOCOM (Disember 2017) merosot 1.9 peratus bagi minggu lepas.

P a s a r a n g e t a h temp a t a n d i n i a g a k a n a g a k kukuh, sejajar deng a n t r e n d penurunan di TOCOM dan SHFE. Pengambila­n untung yang sederhana dalam dagangan kecil didapati berikutan kebanyakan peniaga kekal tidak memasuki pasaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 29.5 sen kepada 621.5 sen sekilogram daripada 651.0 sen sekilogram, dan susu getah pukal turun 45.5 sen kepada 520.5 sen sekilogram daripada 566.0 sen sekilogram.

Harga penutup pada 5 petang bagi gred tayar SMR 20 naik 3.5 sen kepada 629.5 sen sekilogram daripada 626.0 sen sekilogram, bagaimanap­un susu getah pukal susut 25 sen kepada 504.0 sen sekilogram daripada 567.5 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia