Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan emas diniaga secara berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif diramal menyaksika­n dagangan berhati-hati minggu ini, menjejaki prestasi pasaran hadapan emas di Bursa Komoditi AS (Comex).

Peniaga berkata, data pekerjaan AS pada Jun yang kukuh menunjukka­n pelabur kekal positif dengan prestasi negara ekonomi terbesar dunia tersebut.

“Ini akan meningkatk­an selera risiko dalam kalangan pelabur dan seterusnya meningkatk­an permintaan kepada aset selamat, termasuk emas,” katanya kepada Bernama.

Data pekerjaan terkini yang dikeluarka­n Jabatan Buruh AS pada petang Jumaat menunjukka­n negara berkenaan telah menambah 222,000 pekerjaan dalam sektor awam dan swasta pada Jun 2017, melepasi jangkaan pakar ekonomi sebanyak 179,000.

Bagaimanap­un, peniaga berkata, faktor seperti pergerakan ringgit, harga minyak mentah dan isu geopolitik berkaitan AS dan Korea Utara akan turut memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas tempatan minggu ini.

Untuk minggu baharu berakhir, pasaran emas diniagakan kebanyakan­nya lebih rendah, menjejaki pasaran emas di Comex.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta baharu Julai 2017 jatuh 676 mata kepada RM168.90 segram, Ogos 2017 turun 64 mata kepada RM169.50 segram, September 2017 merosot 57 mata kepada RM170.00 segram dan Oktober 2017 susut 53 mata kepada RM170.85 segram.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 83 lot bernilai RM1.41 juta berbanding 42 lot bernilai RM725,200 minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka pada Jumaat merosot kepada 227 kontrak berbanding 257 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia