Utusan Borneo (Sarawak)

Harga hadapan MSM bergerak antara RM2,450 dan RM2,550

-

KUALA LUMPUR: Harga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) dijangka bergerak antara RM2,450 dan RM2,550 minggu ini berikutan aktiviti spekulasi.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group, Jim Teh berkata, pengeluara­n Jun 2017, stok dan data eksport yang dijadual dikeluarka­n Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Isnin, dijangka menjadi petunjuk utama.

Menurutnya, pungutan pendapat Reuter mendapati, pengeluara­n Jun diramal jatuh kepada 1.62 juta tan metrik, turun 2.1 peratus berband- ing sebelum ini manakala stok meningkat 0.2 peratus kepada 1.56 juta tan metrik.

“Stok Jun dijangka lebih tinggi berikutan cuaca lebih baik pada bulan itu. Data sebenar akan memberi petunjuk untuk arah dagangan jangka pendek peserta pasaran,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga lain berkata, pasaran akan terus memantau prestasi harga kacang soya di Lembaga Perdaganga­n Chicago dan Bursa Komoditi Dalian, selain pergerakan ringgit yang mungkin mempengaru­hi corak dagangan di pasaran MSM.

Untuk minggu baharu berakhir, kenaikan di pasaran tempatan dalam empat hari pertama adalah disebabkan sentimen meningkat berikutan ramalan kejatuhan pengeluara­n menjelang pengeluara­n data MPOB.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Julai 2017 meningkatR­M72 kepada RM2,596 satu tan metrik, Ogos 2017 melonjak RM108 kepada RM2,605 satu tan metrik, September 2017 melambung RM95 kepada RM2,554 satu tan metrik dan Oktober 2017 naik RM80 kepada RM2,528 satu tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia