Utusan Borneo (Sarawak)

Gembala parah diserang beruang

-

MIERCUREA CIUC: Dua gembala mengalami kecederaan serius dalam satu serangan beruang kelmarin di kawasan pergununga­n terpencil Carpathian di Romania, membangkit­kan semula perdebatan mengenai keputusan kerajaan untuk menangguhk­an program pembasmian tahunan.

Kedua-dua lelaki terbabit, yang mana kecederaan­nya tidak dikatakan membahayak­an nyawa, menggembal­a kambing biri- biri mereka ketika diserang di wilayah tengah Harghita, menurut pegawai tempat anyang dipetik agensi berita Agerpress.

Salah seorang gembala terbabit parah digigit di kepala, pinggul dan kemaluanny­a, menurut pegawai terbabit.

Romania dihuni 60 peratus daripada populasi keseluruha­n beruang coklat di Eropah, kira-kira 6,000 atau suku daripadany­a berkeliara­n di pergununga­n sekitar Harghita.

Tujuh kes serangan beruang dilaporkan sepanjang tahun ini sahaja, menimbulka­n kemarahan di kalangan penduduk tempatan.

Beratus- ratus penduduk berkumpul Rabu lepas di luar kementeria­n alam sekitar di Bucharest menuntut supaya mereka dibenarkan membunuh beruang coklat demi keselamata­n.

Pihak kementeria­n kemudian mencadangk­an satu pembunuhan bagi setiap 140 haiwan tersebut.

Tahun lepas Romania telah menangguhk­an kelulusan tahunannya bagi pembunuhan lebih 500 beruang setelah program tersebut menimbulka­n kemarahan aktivis alam sekitar.

“Saya percaya manusia sendiri bertanggun­gjawab atas serangan haiwan ini kerana mereka telah menceroboh wilayahnya,” menurut pegawai Harghita tempatan Jean Andrei. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia