Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat Iban di Kuching perlu lebih aktif laksana tugas

-

KUCHING: Ketua masyarakat Iban di bandar raya ini perlu lebih aktif dalam melaksanak­an tugas mereka memandangk­an ia dinilai berdasarka­n laporan Indeks Prestasi Utama (KPI).

Penasihat Persatuan Ketua Masyarakat dan Tuai Rumah Kaum Iban Bahagian Kuching (PEMAIK) Pemanca John Tambie Awat berkata, KPI telah diperkenal­kan sejak 2015.

“Sehubungan itu semua penghulu serta tuai rumah di bandar raya ini perlu lebih aktif dalam menjalanka­n tugas mereka.

“Laporan prestasi yang baik dapat membantu menyokong untuk meneruskan tempoh perkhidmat­an mereka sebagai ketua masyarakat,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama ahli PEMAIK di sini, baru-baru ini.

Sehingga kini menurut beliau, terdapat lapan penghulu dan 17 tuai rumah di bawahnya bagi menjaga kaum Iban di bandar raya ini.

John pada masa yang sama menggesa penghulu terus melakukan bancian kawasan kediaman atau kampung yang terdapat orang Iban, yang masih bertaburan di tamantaman perumahan.

Katanya ia bagi membolehka­n mereka didaftarka­n di bawah profil kampung.

“Setakat ini terdapat 10 kampung orang Iban yang tidak mempunyai tuai rumah tetapi sudah dimasukkan dalam profil kampung oleh ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Terdapat 14 kampung atau perumahan telah dibanci yang diketuai Tuai Rumah Adi Jala dan kini masih men- unggu kelulusan daripada Pejabat Daerah Kuching,” katanya.

John memberitah­u, tujuan bancian adalah bagi meng- himpunkan kaum Iban untuk didaftarka­n dalam profil kampung.

Ia sekali gus bagi membantu golongan memerlukan menyampaik­an permohonan mereka untuk dikemukaka­n kepada kerajaan selain membantu mendaftar pengundi.

Katanya yang merupakan bekas pengerusi PEMAIK, beliau sebelum ini telah melakukan yang terbaik dalam membimbing serta membantu ketua masyarakat Iban.

“Ia termasuk membawa penghulu serta tuai rumah di bawah saya menyertai Jawatankua­sa Kebajikan Iban Daerah Kuching (KSB) sejak 2005.

“Jawatankua­sa didaftar oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2014 yang kini dikenali PEMAIK,” ujarnya.

 ??  ?? BINCANG: John (tengah, kiri) dan Pengerusi PEMAIK baharu, Penghulu Gunting Hiang (tengah, kanan) bersama ahli PEMAIK lain semasa mesyuarat baru-baru ini.
BINCANG: John (tengah, kiri) dan Pengerusi PEMAIK baharu, Penghulu Gunting Hiang (tengah, kanan) bersama ahli PEMAIK lain semasa mesyuarat baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia