Utusan Borneo (Sarawak)

Polis mohon pendakwaan semula kes Mohamad Thaqif

Bukan lagi kes bunuh berdasarka­n laporan bedah siasat

-

KUALA LUMPUR: Polis akan mengemukak­an permohonan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk menjalanka­n pendakwaan semula terhadap pembantu warden sekolah tahfiz yang sebelum ini didakwa membunuh Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghadaffi, April lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ia susulan keputusan bedah siasat yang dikeluarka­n kelmarin mengesahka­n pelajar berkenaan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan bukan kecederaan lain seperti didakwa sebelum ini.

“Sebelum ini kami telah klasifikas­ikan kes ini (kematian adik Mohamad Thaqif Amin) di bawah Seksyen 302 sebagai kes bunuh tetapi selepas melihat keputusan dan laporan bedah siasat mendapati pelajar itu meninggal sebab lain iaitu leptospiro­sis (jangkitan kencing tikus).

“Maka sudah semestinya kami tidak dapat mendakwa di bawah Seksyen 302 kerana bunuh dan polis akan melengkapk­an siasatan dengan perkembang­an terakhir,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Aidilfitri Cawangan Khas di Kompleks 3, Bukit Aman, di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk menggunaka­n Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mend a t a n g k a n k e c e d e r - aan dalam kes itu.

Noor Rashid berkata, beliau akan berusaha memastikan kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret dan inkues dijalankan bagi membolehka­n semua orang mendengar kes berkenaan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian Mohamad Thaqif Amin disahkan berpunca daripada penyakit kencing

Sebelum ini kami telah klasifikas­ikan kes ini (kematian adik Mohamad Thaqif Amin) di bawah Seksyen 302 sebagai kes bunuh tetapi selepas melihat keputusan dan laporan bedah siasat mendapati pelajar itu meninggal sebab lain iaitu leptospiro­sis ( jangkitan kencing tikus). Tan Sri Noor Rashid Ibrahim Timbalan Ketua Polis Negara

tikus atau leptospiro­sis dan bukannya kerana trauma atau kecederaan dialami.

Hasil keputusan bedah siasat turut mendapati kematian dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentuka­n bekuan darah mikro (microthrom­bi) di seluruh saluran darah yang mengakibat­kan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi.

Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu, pada 26 April lepas sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya yang dijangkiti bakteria.

Sebelum itu, kedua- dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan lolos di Pulau Pinang, Ahad lepas, Noor Rashid berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap semua anggota terlibat selain akan meneliti kelemahan Porsedur Operasi Standard (SOP) berhubung kes itu.

“Pihak saya akan membuat penahanan penyelia berkenaan sekiranya ada keperluan tentang perkara itu dan tidak akan berkomprom­i serta memastikan ia menjadi pengajaran kepada pegawai dan anggota,” katanya.

Beliau berkata semua pihak yang mempunyai kaitan dalam kejadian ini akan ditahan bagi membantu siasatan.

Pada Ahad lepas, seorang tahanan polis mengambil kesempatan melarikan diri apabila pintu van yang membawa lelaki itu bersama dua tahanan lain dibuka ketika kenderaan terbabit mengalami kerosakan di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, enam anggota polis membawa tiga tahanan termasuk suspek yang melarikan diri, dari lokap Pusat Bayan Baru ke Hospital Balik Pulau untuk mendapatka­n rawatan selepas masing-masing mengadu sakit.

Semua anggota polis yang mengiringi suspek dalam kejadian itu telah ditahan untuk membantu siasatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Shahar (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n air ketum dan minuman keras yang dirampas dalam Ops Wawasan Kedah/Perlis di Martak Bukit Kayu Hitam PGA dekat Bukit Kayu Hitam, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Shahar (tengah) bersama pegawainya menunjukka­n air ketum dan minuman keras yang dirampas dalam Ops Wawasan Kedah/Perlis di Martak Bukit Kayu Hitam PGA dekat Bukit Kayu Hitam, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? RUMAH TERBUKA: Noor Rashid (tengah) bersalaman dengan anak-anak yatim Pusat Jagaan AlHidayah, Jalan Gurney ketika majlis Aidilfitri 2017 Cawangan Khas Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad...
— Gambar Bernama RUMAH TERBUKA: Noor Rashid (tengah) bersalaman dengan anak-anak yatim Pusat Jagaan AlHidayah, Jalan Gurney ketika majlis Aidilfitri 2017 Cawangan Khas Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia