Utusan Borneo (Sarawak)

MELECUR TERUK

Lelaki dipercayai bakar diri dalam insiden di Kampung Tabuan Melayu; punca dipercayai salah faham, merajuk.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang lelaki kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat melecur dari kepala sehingga perut selepas dipercayai bertindak membakar dirinya dalam satu insiden di Kampung Tabuan Melayu kelmarin.

Menurut sumber, insiden berlaku sekitar jam 10 malam Isnin lepas apabila mangsa yang berusia sekitar 40-an dipercayai bertindak menyimbah badannya dengan minyak tanah sebelum memetik api yang kemudian membakar dirinya.

Ekoran itu, keluarga mangsa yang menyedari perkara tersebut bertindak memadam api dan terus menghubung­i pihak hospital untuk bantuan.

“Anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian kemudian memberi bantuan kecemasan kepada mangsa sebelum mengejarka­nnya ke Unit Kecemasan HUS.

“Mangsa kemudianny­a dirujuk ke ICU dengan kelecuran tahap dua di kepala serta badannya,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi memberitah­u, punca kejadian dipercayai akibat salah faham antara mangsa dan kakaknya.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian kononnya mangsa ada salah faham dan merajuk dengan kakaknya sehingga dia mengambil minyak petrol dan menyimbah ke badannya lalu membakar dirinya.

“Pihak hospital memaklumka­n mangsa melecur sebanyak 60 peratus dari bahagian pinggang ke atas dan masih dirawat serta belum sedarkan diri,” kata Abang Ahmad.

Menurutnya lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan sebagai kes cuba bunuh diri.

Dalam kejadian berasingan, seorang pekerja di sebuah syarikat menjual kereta ditemui mati di dalam bilik sewanya di sebuah rumah di Stutong di sini semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu tidak hadir di tempat kerjanya sehingga jam 10 pagi menyebabka­n rakan sekerja yang gagal menghubung­inya terpaksa meminta bantuan teman wanita mangsa untuk pergi ke bilik sewanya.

“Teman wanita mangsa diiringi tuan rumah kemudian pergi ke bilik mangsa dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas katilnya dan kemudian terus menghubung­i pihak hospital.

“Mangsa yang berasal dari Sibu itu bagaimanap­un disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 ??  ?? RAWATAN LANJUT: Mangsa yang melecur dari kepala hingga perut tiba di HUS.
RAWATAN LANJUT: Mangsa yang melecur dari kepala hingga perut tiba di HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia