Utusan Borneo (Sarawak)

DUA RUMAH TERBAKAR, LIMA SEKELUARGA TERJEJAS

-

MIRI: Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas menyelamat­kan diri dalam kebakaran dua rumah di Kampung Desaras Tudan Fasa 6 di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pada jam 6.16 petang melibatkan sebuah rumah asal jenis tidak kekal dan sebuah lagi rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) separuh kekal serta kedua-duanya hangus dalam anggaran 95 peratus.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong, berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sebuah bilik tidur kosong di rumah asal dipercayai daripada lilin dimain budak-budak.

“Syukur kerana kelima-lima ahli keluarga tersebut iaitu Mayang Udam, 62, Jacky Entiam, 28, Nancy Naong, 22, Ignatius Panggau Jacky, 4, dan Christine Rendung Jacky, 3, tidak mengalami sebarang kecederaan dan sempat melarikan diri daripada terperangk­ap dalam kebakaran tersebut.

“Tujuh anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nasir Razali dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng berserta sebuah jentera FRT Scania dan ‘water tanker’ bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 12 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Di samping itu, Law berkata tujuh anggota BBP Miri diketuai PBK II Narain Singh dan sebuah jentera FRT dan EMRS turut menghantar bantuan bagi operasi pemadaman tersebut.

“Setibanya di lokasi, bomba terus membuat operasi pemadaman di keduadua rumah tersebut dan api dapat dikawal sepenuhnya dan tamat sekitar jam 8.35 malam,” katanya.

Turut berada di lokasi, Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Terry Robson dan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nazmi Nawang.

 ??  ?? PUNAH: Nenek dan cucucucuny­a pasrah apabila rumah mereka ranap dijilat api. HANGUS: Keadaan rumah yang hangus dijilat api menjelang waktu senja.
PUNAH: Nenek dan cucucucuny­a pasrah apabila rumah mereka ranap dijilat api. HANGUS: Keadaan rumah yang hangus dijilat api menjelang waktu senja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia