Utusan Borneo (Sarawak)

NAHAS 4WD, WANITA WARGA EMAS MAUT, ENAM LAGI CEDERA

-

LUNDU: Seorang wanita warga emas berasal dari Indonesia terbunuh, manakala enam lagi cedera selepas kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan di Jalan Lundu-Sempadi di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa Upik Rokaya, 78, dan berasal dari Singkawang, Pontianak Indonesia semasa kejadian bersama dua lagi penumpang warga Indonesia dan tiga warga tempatan termasuk pemandu dikatakan dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Biawak.

Bagaimanap­un, setiba di tempat kejadian sekitar jam 9.10 pagi, tayar hadapan kenderaan yang dinaiki mereka tiba-tiba pecah sehingga menyebabka­n ia hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan tersebut.

“Kesemua penumpang mengalami kecederaan dan mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Lundu untuk mendapatka­n rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” kata sumber semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John turut mengesahka­n kejadian tersebut.

“Selain itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu juga dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Lundu.

“Keluarga mangsa yang meninggal dunia bagaimanap­un enggan bedah siasat dijalankan dan menuntut mayat mangsa untuk dikebumika­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? BANTUAN: Anggota bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit.
BANTUAN: Anggota bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia