Utusan Borneo (Sarawak)

TPM RESTU MASIR KEKAL CALON DI PARLIMEN SRI AMAN•

Ahmad Zahid puas hati prestasi Masir, akan suarakan hal tersebut kepada Abg Johari dan Presiden PRS

- Oleh Rusnan Mustafa dan Patricia Gari

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri selaku Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat kini boleh menarik nafas lega selepas mendapat restu untuk dikekalkan sebagai calon kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Restu itu daripada Timbalan Perdana Menteri selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di Padang Lama Kompleks Sukan di sini, semalam.

Malah, Ahmad Zahid turut berjanji akan sentiasa menyuaraka­n hal tersebut kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing.

Malah, jika beliau menang pada PRU14 nanti dengan majoriti lebih besar, saya akan pastikan lebih banyak projek dibawa untuk rakyat di kawasan ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

“Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi beliau (Masir) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

“Dan, saya akan terus bisikkan kepada Ketua Menteri Sarawak dan Presiden (PRS) agar calonkan semula beliau di kerusi Parlimen ini (Sri Aman),” ujarnya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memberitah­u dengan rekod cemerlang yang ditunjukka­n Masir pada PRU yang lalu, beliau yakin BN akan memperoleh­i majoriti besar pada PRU14 nanti.

“Malah, jika beliau menang pada PRU14 nanti dengan majoriti lebih besar, saya akan pastikan lebih banyak projek dibawa untuk rakyat di kawasan ini,” tegasnya.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Sri Aman menyaksika­n pertembung­an empat penjuru yang mana Masir berjaya mempertaha­nkan kerusi berkenaan selepas memperoleh­i 12,168 undi dengan 6,550 majoriti undi.

Tiga calon lain, Datuk Donald Lawan (Bebas) mem- perolehi 3,867 undi, Nicholas Mujah Asun (PKR) 5,618 undi dan Wilfred Stephen (SWP) 476 undi.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN Datuk Wan Ali Besar, Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ?? DAPAT RESTU: Ahmad Zahid memegang erat tangan Masir dan Uggah sebaik sahaja syor itu disuarakan pada pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran KDN di Sri Aman, semalam.
DAPAT RESTU: Ahmad Zahid memegang erat tangan Masir dan Uggah sebaik sahaja syor itu disuarakan pada pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran KDN di Sri Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia