Utusan Borneo (Sarawak)

GSD Southland buka prapendaft­aran Amethyst 1

Projek perumahan pertama di bandar raya Kuching, Petra Vistana terletak di Jalan Kopodim, Matang

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: GSD Southland Sdn Bhd, anggota syarikat Kumpulan Green Summit Developmen­t yang terkenal dengan pengalaman membangunk­an kawasan perumahan dan komersil kini membuka prapendaft­aran bagi projek perumahan baharu mereka, Amethyst 1.

Projek perumahan pertama di bandar raya Kuching itu di bawah kawasan pembanguna­n syarikat pemaju berkenaan dikenali sebagai Petra Vistana yang terletak di Jalan Kopodim, Matang.

Sehubungan itu, Pengurus Jualan GSD Southland Sdn Bhd Kartrina Chiew Tze Ling mempelawa orang ramai datang beramai-ramai di gerai pempamer syarikat itu di PS14 dan PS15 pada Jerayawara SHEDA 2017 yang akan diadakan dari 14 hingga 16 Julai ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.

“Kita membuka prapendaft­aran bagi projek perumahan Amethyst 1 di bawah kawasan pembanguna­n Petra Vistana Fasa Pertama yang menawarkan 66 unit lot rumah teres setingkat dan lima unit lot terpisah yang eksklusif dan hijau dengan persekitar­an menarik selain berdekatan dengan sekolah.

“Orang ramai yang berminat boleh membuat prapendaft­aran pada Jerayawara SHEDA 2017 di BCCK bermula hari ini hingga 16 Julai dari jam 10 pagi hingga 9 malam,” katanya.

Selain itu, Kartrina memberitah­u orang ramai juga boleh berkunjung di pejabat Green Summit Developmen­t yang terletak di Lot 10865, Ground Floor, Section 64 KCLD, Jalan Mendu, 93200 Kuching.

“Orang ramai juga boleh menghubung­i saya di talian 016 8003993 atau Nigel Lau menerusi 017 2166929. Hadiah turut menanti anda,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, beliau memberitah­u rumah teres berkenaan dilengkapi tiga bilik tidur yang selesa dan dua bilik mandi.

Tambahnya lagi, dengan jarak pemanduan hanya lima minit sahaja dari Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir dan tujuh minit dari Matang Mall, Petra Vistana khususnya bertujuan menyediaka­n keselesaan bagi penduduk.

“Berdekatan dengannya adalah beberapa kawasan komersil yang sedia ada termasuk Emart Matang, Metrocity dan taman gaya hidup VH Green Nature Park dan Hospital Normah juga terletak tidak jauh dari sana.

“Kami di GSD Southland amat percaya dalam usaha mengejar kehidupan yang indah, segalanya bermula dengan projek perumahan dirancang dengan baik dan berupaya untuk menyediaka­n anda dengan rumah pilihan anda yang hebat akhirnya menjadikan­nya tempat tinggal yang indah bagi anda, para penduduk.

“Itulah sebabnya bagi tagline kami ‘rumah indah, kehidupan indah’,” jelasnya lagi.

Mengenai Kumpulan Green Summit Developmen­t, ia terkenal kerana pengalaman­nya yang tiada tandingan dalam pembanguna­n perumahan dan komersil.

Ditubuhkan pada 2009 dan berjaya menyiapkan beberapa projek yang berpotensi memenangi anugerah di Miri dan Mukah.

Kumpulan Syarikat Green Summit Developmen­t memegang pelbagai pengiktira­fan yang berprestij iaitu Anugerah 100 PKS 2014 (Syarikat Bergerak Pantas Malaysia Timur), Anugerah Keusahawan­an Asia Pasifik 2014 (Anugerah Keusahawan­an Paling Menggalakk­an), Malaysia Power Brand Ke-10 2015, Anugerah Keris Perusahaan Kejujuran Antarabang­sa Asia Pasifik Ke-14 2016 masing-masing untuk Perusahaan Kejujuran dan Usahawan Kejujuran.

Selain pembanguna­n, Kumpulan Green Summit Developmen­t juga terbabit dalam pelaburan hartanah, pembinaan, hartanah, pengurusan pusat beli- belah, adunan siap, makanan dan minuman serta pengurusan perniagaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAMI DI SINI: Pejabat GSD Southland Sdn Bhd di Jalan Mendu, Kuching.
KAMI DI SINI: Pejabat GSD Southland Sdn Bhd di Jalan Mendu, Kuching.
 ??  ?? DI SINI: Lokasi Amethyst 1.
DI SINI: Lokasi Amethyst 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia