Utusan Borneo (Sarawak)

MUAYTHAI SARAWAK TERUS CEMERLANG

Skuad negeri meraih empat pingat emas pada Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan 2017

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad muaythai Sarawak beraksi cemerlang dengan merangkul empat pingat emas, tiga perak dan satu gangsa pada Kejohanan Muaythai Remaja Kebangsaan 2017 berlangsun­g di Staring Hall, Damansara Utama, Selangor dari 6 hingga 9 Julai lepas.

Petinju SS Fighters, Johan Ghazali dan Mikail Khazali masing- masing menyumbang emas dalam kategori 35kg dan 23- 25kg.

Manakala petinju Pusat Pembanguna­n MTK, Ayu Addyqa Azmi merangkul emas dalam kategori 41kg.

Emas keempat dimenangi Mohd Eswandy Hassan, atlet pelapis Sarawak dalam kategori 71kg.

Perak Sarawak pula dimenangi Pratasarat­hee Punniyamoo­rthy ( pelapis), Awangku Abdul Rahman Awang Mara ( Pelapis/ PS Bintulu) dan Ayu Arynafaiza Azmi dalam kategori 50kg, 51kg dan 44kg.

Maurien Hii Sie Lin dari Miri menghadiah­kan gangsa kepada Sarawak dalam kategori 51kg.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak ( PMNS) Jumaat Ibrahim melahirkan rasa gembira dengan prestasi atlet Sarawak merangkul empat emas, tiga perak dan satu gangsa pada kejohanan tersebut.

“Ini bermakna anak- anak muay Sarawak sudah berkemampu­an untuk maju lebih jauh lagi. Ini tidak akan berlaku tanpa sokongan kerajaan negeri di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS).

“Kami amat berterima kasih dan berharap sokongan serta dorongan mereka akan terus diberi kepada anak- anak muay serta PMNS. Pihak persatuan akan terus berusaha meningkatk­an prestasi atlet muay dan membolehka­n mereka menempah nama di kejohanan antarabang­sa untuk mewakili Sarawak khas- nya dan Malaysia amnya,” ujar Jumaat semalam.

Menurutnya, PMNS juga telah menerima jemputan untuk menyertai kejohanan IFMA di Bangkok pada awal Ogos depan sambil menambah persatuan akan menghantar penyertaan pada kejohanan itu nanti.

Bagaimanap­un, tegasnya, PMNS akan berbincang serta meminta khidmat nasihat daripada pihak MSNS terlebih dahulu sebelum membuat apa- apa keputusan.

“PMNS menaruh harapan yang tinggi kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan MSNS agar terus mendukung usaha PMNS untuk memajukan sukan muay di Sarawak,” katanya lagi.

Pihak persatuan akan terus berusaha meningkatk­an prestasi atlet muay dan membolehka­n mereka menempah nama di kejohanan antarabang­sa untuk mewakili Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Jumaat Ibrahim Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? SYABAS: Jumaat (tujuh kanan) bergambar bersama petinju dan pegawai skuad muaythai Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) baru-baru ini.
SYABAS: Jumaat (tujuh kanan) bergambar bersama petinju dan pegawai skuad muaythai Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia