Utusan Borneo (Sarawak)

WIEF peluang promosi S’wak

-

Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) Ke-13 yang julung kali diadakan di negeri ini pada 21 hingga 23 November nanti di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, merupakan peluang keemasan mempromosi Sarawak sebagai destinasi pelaburan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak menawarkan peluang perniagaan luas dalam pelbagai bidang dan ia boleh diteroka khususnya oleh 2,000 peserta forum dijangka hadir dari negara seperti Kazakhstan, Indonesia, Kuwait, Pakistan, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu.

“Kami melihat forum ini mampu membuka jaringan perniagaan yang baik dengan pemimpin perniagaan dari luar negara sama ada Muslim atau bukan Muslim dan ini sangat penting untuk meningkatk­an ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya sempena pelancaran WIEF Ke-13 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Transforma­si Sosio Ekonomi) Datu Ismawi Ismuni dan Setiausaha Agung Yayasan WIEF Tan Sri Dato Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Menurut Awang Tengah juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan, selain memiliki Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), negeri ini juga mempunyai potensi dari segi tenaga hidro boleh menampung keperluan operasi industri berat.

Justeru, katanya melalui forum tersebut, ia juga dapat mempromosi­kan kelebihan tenaga hidro Sarawak dalam menyediaka­n kemudahan ke- pada pelabur terutama dalam industri berat.

Pada masa sama, katanya peserta juga boleh didedahkan industri berasas kayu balak di mana Sarawak menjadi salah sebuah pengekspor­t terbesar papan lapis dan industri perabot kayu.

Selain itu, katanya negeri ini turut menawarkan peluang pelaburan dalam industri halal di Hab Halal Tanjung Manis yang dibangunka­n dalam kawasan seluas kira-kira 77,000 hektar.

Beliau menambah antara potensi pelaburan lain ialah dalam sektor pertanian termasuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Sarawak tempat pelaburan hijau dan bersepadu, maka apa saja pelaburan yang akan dilakukan, ia mesti dipastikan mesra alam dan kerajaan negeri tidak akan berkomprom­i terhadap faktor alam sekitar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia