Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh ditahan, disyaki salah guna dadah

Empat wanita antara dicekup polis selepas dilihat mencurigak­an di Jalan Bau-Lundu

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seramai tujuh individu ditahan termasuk empat wanita berusia lingkungan 15 hingga 23 tahun kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam satu operasi di Jalan Bau- Lundu sekitar jam 3 pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Zainol, polis mula menahan kereta dinaiki semua suspek untuk pemeriksaa­n

Dan, hasil saringan awal air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n ke atas seorang daripada suspek kemudian menjumpai enam biji pil disyaki dadah di dalam beg sandangnya.

“Dan, hasil saringan awal air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine,” katanya.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 12( 2) dan Seksyen 15( 1)( a) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952.

Sementara itu, seorang lelaki ditangkap untuk siasatan lanjut kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam satu operasi di Kampung Bintawa Hilir di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata suspek berusia 23 tahun juga berasal dari Kampung Bintawa Hilir ditahan untuk pemeriksaa­n selepas dilihat mencurigak­an di tepi jalan raya kampung tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas beg milik suspek menjumpai lima peket plastik lutsinar mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan empat papan kertas timah berjumlah 24 biji pil disyaki Eramin 5.

“Selain itu turut ditemui ialah satu bekas plastik mengandung­i 14 tiub straw lutsinar berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis Syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau selain itu turut memberitah­u suspek yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ( BSJN) juga didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 39A( 1) dan Seksyen 15( 1) ( A) ADB 1952 untuk siasatan lanjut.

DSP Mohd Sabri Zainol Ketua Polis Daerah Bau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia