Utusan Borneo (Sarawak)

Sorok dadah celah pinggang seluar, ibu muda bersama remaja dicekup

-

MIRI: Taktik seorang ibu muda menyembuny­ikan dadah disyaki syabu di celah pinggang seluarnya tidak berhasil apabila dia berjaya ditangkap polis bersama seorang remaja lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Tangakapan ke atas keduadua suspek berusia 24 dan 17 tahun dibuat hasil serbuan polis ke sebuah rumah di kawasan Tu dan Desaras 6 di sini kelmarin.

Berikutan tangkapan itu, ibu kepada dua anak itu dan remaja terbabit kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan dan rampasan dadah berhubung kes tersebut.

Terdahulu katanya, sepasukan polis dari BSJND Miri telah membuat serbuan ke sebuah rumah yang terletak di Jalan Tudan Desaras 6 di sini.

Dalam serbuan jam 10.05 pagi itu, polis telah menahan seorang wanita dan seorang remaja lelaki di ruang tamu rumah berkenaan untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

“Polis membuat pemeriksaa­n lanjut dalam rumah itu, tidak menjumpai apa-apa yang menyalahi undang-undang.

“Manakala hasil pemeriksaa­n badan ke atas wanita terbabit menjumpai satu botol plastik mengandung­i empat peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.45 gram diselitkan di sebelah kanan pinggang seluar pendek yang dipakainya,” katanya.

Difahamkan, semasa serbuan dibuat, suspek lelaki sedang tidur di rumah tamu rumah berkenaan.

Berikutan itu, barang disyaki dadah kemudian dirampas dan kedua-dua suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek masing- masing positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Sehubungan itu kata Lim, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia