Utusan Borneo (Sarawak)

Warga KDN di S’wak digesa sifar rasuah, jaga keselamata­n negeri dan negara

-

SRI AMAN: Kerajaan negeri menggesa warga Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di Sarawak agar memastikan sifar rasuah dan berani mengambil tindakan untuk menjamin keselamata­n negeri dan negara.

Perkara itu diingatkan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang memberitah­u ia selari dengan usaha kerajaan negeri yang telah membuat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Jelasnya, ia juga adalah antara langkah pertama yang dilaksana beliau sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri keenam sebagai kesinambun­gan usaha Allahyarha­m Datuk Patinggi Adenan Satem supaya Sarawak tidak dibelenggu oleh gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Langkah ini bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk tujuan publisiti semata-mata tetapi lahir daripada keinginan ikhlas untuk memastikan Sarawak ditadbir secara telus, bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Dalam konteks ini dan sejajar dengan langkah untuk menerapkan nilai murni dalam pentadbira­n kerajaan, kerajaan negeri amat berharap warga KDN di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi turut mengambil langkah untuk memastikan agensi masing-masing sifar rasuah dan berani mengambil tindakan untuk menjamin keselamata­n negeri dan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran KDN di Padang Lama Kompleks Sukan di sini, semalam.

Pada masa sama, Abang Johari turut mengingatk­an rakyat agar mengamalka­n nilai murni dan berintegri­ti tinggi supaya usaha memerangi gejala rasuah dapat dicapai.

“Amalan ini bukan sahaja terhad kepada anggota kerajaan atau warga KDN sahaja, setiap ahli masyarakat harus memupuk dan menghayati nilai murni ini supaya masyarakat kita keseluruha­nnya sentiasa harmonis, tertib dan bersatu,” tambahnya.

Selain itu, beliau turut memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana sentiasa bersikap terbuka berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat ketika berucap meminta warga KDN agar memastikan komunikasi dan interaksi cekap sesama anggota.

Katanya, ia mampu memberi impak dan dapat menjamin kualiti tadbir urus keselamata­n dalam negeri sentiasa berada di tahap tertinggi sekali gus memastikan perkhidmat­an terbaik untuk rakyat.

“Hanya hubungan yang erat dan baik sahaja yang mampu menghasilk­an kerja yang baik.

“Sekiranya tidak wujud hubungan interaksi yang baik dalam organisasi, maka hasil kerja yang dilaksanak­an pasti tidak berkualiti,” ujarnya.

 ??  ?? SIFAR RASUAH: Uggah mewakili Ketua Menteri pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran KDN di Sri Aman semalam.
SIFAR RASUAH: Uggah mewakili Ketua Menteri pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran KDN di Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia