Utusan Borneo (Sarawak)

Projek terbengkal­ai di S’wak diteliti satu persatu

Mesyuarat membabitka­n k’jaan negeri dan pusat akan diadakan dalam waktu terdekat: Ahmad Zahid

- Oleh Patricia Gari

SRI AMAN: Isu projek pembanguna­n terlewat dan terbengkal­ai di Sarawak akan diteliti satu persatu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, bagi tujuan itu mesyuarat membabitka­n kerajaan negeri dan pusat akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, menteri- menteri kerajaan negeri dan pegawai persekutua­n yang terlibat untuk melihat satu persatu projek terlewat atau terbengkal­ai ini.

“Saya akan mengambil tindakan secara drastik supaya kontraktor tidak dapat menyiapkan projek itu tidak diberi ‘extension of time’ atau EOT,” tegasnya.

Saya akan mengambil tindakan secara drastik supaya kontraktor tidak dapat menyiapkan projek itu tidak diberi ‘extension of time’ atau EOT.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di padang lama Kompleks Sukan Sri Aman di sini semalam.

Beliau turut berharap projek Hospital Baharu Sri Aman dapat disiapkan selepas ia terlewat 218 hari dari jadual asalnya.

“Saya tidak akan berkomprom­i sama ada kontraktor, konsultan atau siapa pun pegawai menyebabka­n kelewatan mana-mana projek terutama melibatkan kepentinga­n rakyat lebih-lebih lagi di Sri Aman, yang memerlu- kan hospital,” ujarnya.

Zahid juga Menteri Dalam Negeri berkata mungkin ada pihak mempersoal­kan beliau sering melakukan lawatan kerja ke Sarawak.

“Saya sering datang ke Sarawak kerana saya cintakan rakyat Sarawak, kerana rakyat Sarawak telah memberi dokongan kuat kepada kerajaan pusat.

“Rakyat Sarawak juga telah memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) Negeri di bawah kepempinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata rakyat sering terjebak dengan apa dilakukan pihak pembangkan­g yang hanya pandai memberi harapan kosong dan menyatakan ketidakpua­san hati terhadap kerajaan BN.

“Kerajaan BN adalah kerajaan prihatin. Oleh itu saya sebagai menteri berasa bertanggun­gjawab untuk memastikan semua projek pembanguna­n di Sarawak dilaksanak­an mengikut jadual.

“Lebih-lebih lagi projek untuk kepentinga­n rakyat dari segi kesihatan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu Zahid turut menyampaik­an geran kepada empat wakil perstuan penduduk di negeri Sarawak iaitu Persatuan Penduduk Taman Tabuan Jaya Kuching, Persatuan Persatuan Giam Asar, Persatuan Penduduk Kampung Tebakang Melayu dan Persatuan Sosial Masyarakat Tulai.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Beliau juga menyampaik­an dokumen pengenalan diri kepada 11 penerima dari sekitar Sri Aman dan duit raya kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Ajibah Abol Sri Aman.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dato’ Wan Ali Besar.

 ??  ?? APA KHABAR?: Ahmad Zahid bersalaman dengan orang ramai setibanya pada majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran KDN di Padang KPSU Lama.
APA KHABAR?: Ahmad Zahid bersalaman dengan orang ramai setibanya pada majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran KDN di Padang KPSU Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia