Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan terbaik Sarawak tubuh M’sia dengan Sabah, Tanah Melayu

-

KUALA LUMPUR: Sarawak membuat keputusan yang terbaik apabila memilih untuk menubuhkan Malaysia bersama- sama Sabah dan Tanah Melayu pada September 1963, kata Yang di- Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Keputusan itu membawa banyak faedah kepada Sarawak khasnya dari segi pembanguna­n dan pemodenan, kata beliau semasa berucap pada Syarahan Negarawan Negeri Sarawak di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, semalam.

Beliau berkata, Sarawak tidak mungkin menikmati kemajuan sepesat hari ini jika ia memilih untuk menjadi sebuah negara berasingan.

“Keputusan untuk samasama membentuk Malaysia telah menjadikan Sarawak sebuah negeri yang lebih kuat dan makmur. Pembanguna­n yang kini dinikmati di Sarawak juga adalah hasil perkembaga­n ekonomi yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia

“Tidak dinafikan Sarawak dan Sabah telah mendapat banyak keuntungan dan faedah kerana menjadi anggota dalam Malaysia,” kata beliau.

Tun Taib, yang pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun, berkata beliau yakin masa depan Sarawak bersama-sama Malaysia adalah terjamin.

Menurutnya, hubungan dua hala Sarawak dan kerajaan pusat juga amat baik selain sebarang perbezaan dasar dan pendapat ditangani dengan perundinga­n.

“Soal kerjasama kerajaan pusat dan negeri bukan lagi soal politik yang hangat seperti dulu. Ia adalah soal praktikal yang harus diatasi dengan perundinga­n. “Sejauh saya boleh nampak dengan pengalaman saya sendiri, kerjasama pusat dan negeri cukup baik. Kita tidak ada masalah begitu besar sehingga dapat menimbulka­n konfrontas­i ataupun sehingga mewujudkan dasar yang mendiskrim­inasikan.

“Oleh itu, bergantung kepada kebijaksan­aan kita dalam menjalanka­n politik kita, integrasi Malaysia akan berjalan seterusnya tetapi mengikut keupayaan yang diterima oleh rakyat, dan bukan secara terlalu terbuka sehingga orang lain yang bukan orang Malaysia boleh mengambil peluang daripadany­a untuk merosakkan hubungan,” kata beliau.

Mengenai kemajmukan etnik dan fabrik sosial di Sarawak, Tun Taib berkata kerajaan Barisan Nasional ( BN) Sarawak akan terus menekankan kepada politik pembanguna­n sebagai teras utama kepimpinan BN.

Beliau berkata untuk menghadapi masa hadapan dan memastikan pembanguna­n ekonomi negeri yang mapan, Sarawak membuka pelbagai peluang untuk anak muda Sarawak meningkatk­an kemahiran diri supaya boleh menceburi ekonomi baharu yang diwujudkan hasil limpahan aktiviti ekonomi sedia ada serta dalam industri-industri yang lebih canggih.

Dalam menuju ke arah itu, beliau berkata usaha untuk menyusun semula sistem pembelajar­an di Sarawak yang menjurus kepada pembelajar­an teknikal juga perlu dilakukan supaya sesuai dengan permintaan industri untuk tenaga kerja berkemahir­an tinggi.

“Ini satu perkara yang tidak menjadi kontrovers­i kalau kita aturkan satu generasi lebih awal dengan dasar-dasar yang cukup baik dalam bidang pelajaran,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Tun Taib berucap pada majlis Syarahan Negarawan Negeri Sarawak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Tun Taib berucap pada majlis Syarahan Negarawan Negeri Sarawak sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia