Utusan Borneo (Sarawak)

2,000 peserta termasuk bukan Muslim dijangka hadiri WIEF 21-23 Nov

-

Seramai 2,000 peserta Muslim dan bukan Muslim termasuk beberapa pemimpin luar negara dijangka menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam ( WIEF) Ke- 13 yang julung kali diadakan di negeri ini pada 21 hingga 23 November akan datang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam berkata, antara yang mengesahka­n kehadiran dalam forum bertemakan ‘Perubahan Yang Mengganggu: Impak dan Cabaran itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku penaung Yayasan WIEF, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden IDB Dr. Bandar M. H. Hajjar yang akan berucap di sesi pembukaan forum.

“Fokus khusus akan diberikan kepada perbincang­an mengenai Sains Gangguan, Teknologi dan Inovasi, Perkhidmat­an dan Barangan Gunaan Halal, Kewangan dan Undang-Undang Islam, Kebudayaan dan Reka Bentuk serta Keusahawan­an,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran WIEF Ke-13 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Transforma­si Sosio Ekonomi) Datu Ismawi Ismuni dan Setiausaga Agung Yayasan WIEF Dato Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Musa menambah objektif asas forum berkenaan adalah untuk memulakan perbualan di antara negara-negara, memacu agenda perniagaan yang sama ke hadapan dan membawa impak serta nilai sebenar kepada masyarakat di seluruh dunia.

Justeru, katanya WIEF Kuching diharap akan menjadi platform inklusif mempromosi kerjasama serantau terutama dalam ASEAN, memacu peluang perniagaan terutama yang melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana termasuk syarikat baharu serta mewujudkan impak positif ke atas masyarakat.

“Kami percaya setiap negara perniagaan dan komuniti ada sesuatu untuk dikongsika­n dalam menghadapi kepesatan gangguan global yang datang dalam pelbagai bentuk, daripada peluang ditawarkan teknologi dan perkongsia­n baharu hingga kepada ancaman keadaan ekonomi dan politik yang semakin serius,” katanya.

Menurut Musa, peserta yang akan menghadiri forum berkenaan adalah dari negara seperti Kazakhstan, Indonesia, Kuwait, Pakistan, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia