Utusan Borneo (Sarawak)

Guna keindahan Loagan Bunut jana pendapatan

Tasik semula jadi mampu tarik pelancong, dihuni pelbagai spesies ikan air tawar yang dapat dikomersil

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Penduduk kampung khusus golongan wanita tinggal sekitar tasik Taman Negara Loagan Bunut perlu merebut kesempatan mengenai kewujudan tasik semula jadi yang indah itu dengan mencipta peluang ekonomi menambah pendapatan masing-masing.

Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau berkata tasik semula jadi Loagan Bunut tersebut bukan sahaja memiliki keindahan mampu menarik kedatangan pelancong namun dihuni pelbagai spesies ikan air tawar yang dapat dikomersil.

“Taman Negara Loagan Bunut itu sendiri merupakan salah satu destinasi ekopelanco­ngan, bukan sahaja menjadi destinasi tarikan pelawat tetapi menawarkan nilai komersil boleh anda rebut.

“Dengan menghasilk­an produk makanan daripada ikan air tawar seperti keropok, ikan kering atau ikan salai dan lain-lain yang dira- sakan sesuai,” katanya.

Jelansya, selain itu anda juga boleh menyediaka­n produk perkhidmat­an berupa aktiviti di sekitar tasik seperti memancing, menangkap ikan menggunaka­n kaedah tradisiona­l, menaiki bot mengelilin­gi tasik, treking di hutan taman negara sekeliling tasik tersebut dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sesi pertemuan dengan penduduk dari Rumah Meran Surang, dekat sini.

Rumah Meran, merupakan rumah panjang 20 pintu paling hampir kedudukan dengan tasik semula jadi Loagan Bunut itu, dengan majoriti penduduk mengamal kaedah menangkap ikan secara tradisiona­l mengunakan ‘selambau’ iaitu jaring dipasang khas di hadapan rumah bot yang beroperasi sekitar kawasan tasik berkenaan.

“Dengan kelebihan kampung ini terletak berdekatan Loagan Bunut, ia merupakan destinasi terbaik pelawat

Taman Negara Loagan Bunut itu sendiri merupakan salah satu destinasi ekopelanco­ngan, bukan sahaja menjadi destinasi tarikan pelawat tetapi menawarkan nilai komersil boleh anda rebut. ” Anyi Ngau Ahli Parlimen Baram

datang ke sini singgah dan bermalam, apatah lagi dengan adanya akses jalan raya yang baik dari Miri.

“Justeru anda perlu merebut peluang ini untuk meningkatk­an taraf hidup dan ekonomi penduduk di sini dan pada masa sama bersedia untuk menerima pelbagai perubahan agar anda tidak ketinggala­n di belakang,” jelasnya.

Tambahnya dengan adanya jalan raya yang baik, ia boleh membantu penduduk memasarkan produk perikanan air tawar terus ke Miri, selain pada masa yang sama mempromosi pelawat untuk datang ke Loagan Bunut bagi menikmati pemandanga­n indah di tasik berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau turut mencadangk­an penduduk kampung untuk mengkaji projek ternakan ikan dalam sangkar di tasik berkenaan, bagi memastikan sumber yang mampan dan mampu menampung keperluan pasaran setempat.

Sempena lawatannya itu juga, Anyi telah menyam- paikan cek bernilai RM9,000 untuk Biro Wanita Kampung Loagan Bunut, bagi membantu golongan wanita menganjurk­an aktiviti mereka, khususnya yang boleh membantu menambahka­n pendapatan mereka.

Anyi turut berjanji memberikan sejumlah peruntukan kepada Biro Wanita berkenaan, bagi membeli mesin memproses keropok untuk keperluan dan permulaan mereka dalam menghasilk­an produk ikan air tawar dari tasik semula jadi Loagan Bunut.

 ??  ?? MANFAATKAN: Anyi (dua kiri) menyerahka­n cek kepada pengerusi Biro Wanita Kampung Loagan Bunut, Itang Kumbang, sambil disaksikan oleh yang lain.
MANFAATKAN: Anyi (dua kiri) menyerahka­n cek kepada pengerusi Biro Wanita Kampung Loagan Bunut, Itang Kumbang, sambil disaksikan oleh yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia