Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Chung Hua Miri pertahan juara ‘choral speaking’ sejak 2000

-

MIRI: Semangat jitu mempertaha­n legasi kejuaraan membawa tuah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri setelah menjuarai Pertanding­an Choral Speaking SekolahSek­olah Menengah Bahagian Miri yang berlangsun­g di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin, di sini semalam.

SMK Chuang Hua Miri berjaya mengekalka­n kejuaraan 17 tahun bagi pertanding­an ini semenjak dari tahun 2000 lagi.

Jurulatih pasukan Noor Ainulfahim Abdul Rahim berkata tahun ini SMK Chung Hua Miri membawa konsep memasukkan elemen fakta dalam penceritaa­n mereka.

“Kebiasaan tajuk- tajuk yang dibawa berkisar kepada alam sekitar, sekolah dan peperiksaa­n tetapi kali ini pelajar membawa fakta mengenai bagaimana untuk mengatasi ketakutan.

“Tajuk dan skrip dialog direka pelajar sendiri dan sebagai guru, saya akan memeriksa dan mengubah apaapa yang penting pada skrip tersebut,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemu bual semalam.

Menurut Noor Ainulfahim, anggota pasukan yang terdiri dari pelajar tingkatan satu hingga empat ini memulakan latihan hanya dua minggu sebelum sambutan hari raya lepas iaitu semasa bulan puasa.

“Walaupun ada beberapa anggota pasukan yang ketika itu sedang berpuasa, tapi mereka tetap memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menghadiri latihan diadakan hampir setiap hari,” katanya.

Noor Ainulfahim yang telah menjadi jurulatih pasukan selama enam tahun telah berjaya membawa pasukan ‘choral speaking’ SMK Chung Hua Miri bertanding di peringkat kebangsaan pada tiga tahun lepas.

“Dalam 17 tahun penglibata­n SMK Chung Hua Miri dalam ‘choral speaking’ hanya sekali sahaja kami kalah kepada SMK Baru Miri pada tahun 2015 namun kami berjaya menjuarai pada peringkat negeri pada tahun yang sama,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penyelia Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Dae- rah ( PPD) Miri Zahirul Jazmi Sayom Abdullah ketika ditemui selepas majlis melahirkan rasa gembira dengan penglibata­n banyak sekolah bahagian Miri dalam pertanding­an ‘choral speaking’ kali ini.

Dalam pertanding­an berkenaan semalam, SMK Chung Hua Miri telah mendapat tempat pertama, tempat kedua Riam Road Secondary School ( RRSS) dan tempat ketiga SMK Baru Miri, manakala Anugerah Konduktor Terbaik Nuraini Chiu Redzuan Chiu dari SMK Subis.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Pasukan SMK Chung Hua Miri bergambar bersama guru-guru mereka selepas menjuarai pertanding­an tersebut.
MEMBANGGAK­AN: Pasukan SMK Chung Hua Miri bergambar bersama guru-guru mereka selepas menjuarai pertanding­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia