Utusan Borneo (Sarawak)

KM pengerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi RECODA Kali Ke-8

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kelmarin mempengeru­sikan Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah ( RECODA) Kali Ke-8.

Abang Johari yang juga Pengerusi RECODA, iaitu sebuah agensi terkemuka dalam pembanguna­n Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), mempengeru­sikan mesyuarat di pejabatnya, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot juga menerangka­n mengenai perkembang­an yang telah dicapai oleh lembaga itu sepanjang tahun, terutama melibatkan pembanguna­n infrastruk­tur dalam SCORE meliputi Lima Pertumbuha­n Nod dan beberapa sektor teras lain.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismawi Ismuni pula menerangka­n mengenai pembanguna­n industri serta pelaburan RECODA di Samalaju.

Pada mesyuarat itu, Ketua Peguam Negeri Talat Mahmood Abdul Rashid juga berkesempa­tan membentang­kan mengenai agensi baharu yang ditubuh di bawah RECODA yang diberi nama ‘Highland Developmen­t Agency’ (HDA) dan ‘Upper Rajang Developmen­t Agency’ (URDA).

Antara yang hadir ialah ketiga-tiga Timbalan Ket- ua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga merupakan Pengerusi HDA, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang memegang jawatan sebagai Pengerusi URDA.

Sementara itu, Ahli Lem- baga yang turut hadir ialah Pengarah Unit Perancanga­n Negeri ( Jabatan Ketua Menteri) Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘ Malaysian Investment Developmen­t Authority’ ( MIDA) Dato’ Azman Mahmud serta Penasihat RECODA Tan Sri Rafidah Abdul Aziz.

Pejabat RECODA mula ditubuh pada 2009 dan ia merupakan sekretaria­t Lembaga Pengarah RECODA. Sejak pejabat itu ditubuhkan, Unit Perancanga­n Negeri merupakan sekretaria­t lembaga, sejak 2008 dan selepas SCORE dilancarka­n.

Antara keutamaan RECODA ialah mengkoordi­nasi, memantau, membantu serta mengawasi pelaksanaa­n projek infrastruk­tur awam yang dibiayai di kawasan SCORE.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama Ahli Lembaga RECODA dan perwakilan.
UNTUK ALBUM: Abang Johari (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama Ahli Lembaga RECODA dan perwakilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia