Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid bantu keluarga mangsa virus rabies

TPM hulur bantuan peribadi RM60,000 untuk biayai kos pembinaan rumah baharu keluarga mangsa

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kedaifan hidup keluarga dua mangsa jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila dari Serian mendapat perhatian daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Prihatin dengan nasib keluarga mangsa, Ahmad Zahid semalam menghulurk­an sumbangan peribadi berjumlah RM60,000 kepada mereka.

Sumbangan tersebut adalah bagi membiayai kos pembinaan rumah baharu keluarga mangsa di satu lokasi baharu menggantik­an kediaman lama mereka yang dalam keadaan uzur.

Sumbangan disampaika­n kepada ibu bapa mangsa, Mazlan Pujan dan isterinya Elisa John di Hornbill Skyways di sini semalam sebelum Ahmad Zahid berangkat ke Sri Aman.

Terdahulu, Ahmad Zahid diberikan taklimat mengenai situasi terkini virus rabies di negeri ini daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta yang lain.

Sementara itu, ibu mangsa Elisa ketika ditemui menyatakan rasa terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri atas sumbangan tersebut.

Menurut Elisa, sumbangan itu amat besar maknanya buat mereka sekeluarga terutama anakanak untuk kehidupan yang lebih selesa.

“Meskipun masih bersedih dengan pemergian dua anak kami seminggu yang lalu akibat virus rabies, tetapi kami tabah menerimany­a dan harus kuat untuk empat lagi anak kami.

“Kami amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri atas sumbangan peribadi beliau untuk membantu kami membina rumah baharu yang pastinya jauh lebih selesa daripada kediaman kami sekarang ini,” katanya. Dalam pada itu, kedua- dua mangsa, Monica Mazlan, 6, dan adiknya Jackson Mazlan, 4, dari Kampung Paon Sungai Rimu, Bakong, Serian disahkan meninggal dunia pada 4 Julai lalu selepas dijangkiti virus rabies.

Empat lagi anak kepada pasangan ini, seorang lelaki 12 tahun (sulung) dan tiga perempuan masing-masing berumur 12, 11, lapan tahun dan sembilan bulan.

Kesemua empat adikberadi­k tersebut bagaimanap­un bebas daripada virus itu dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

Semalam, mangsa ketiga virus berkenaan Alicesa Lorenna Nody, 7, disahkan meninggal dunia sekitar jam 3.30 petang selepas mesin bantuan hayat dihentikan, manakala mangsa keempat masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kami amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri atas sumbangan peribadi beliau untuk membantu kami membina rumah baharu yang pastinya jauh lebih selesa daripada kediaman kami sekarang ini. Elisa John Ibu mangsa virus rabies

 ??  ?? SUMBANGAN: Ahmad Zahid (kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada Mazlan dan Elisa disaksikan Uggah di Hornbill Skyways, Kuching semalam.
SUMBANGAN: Ahmad Zahid (kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada Mazlan dan Elisa disaksikan Uggah di Hornbill Skyways, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia