Utusan Borneo (Sarawak)

Lulus cadangan bina Jambatan Batang Saribas, Julaihi berterima kasih kepada kerajaan negeri

-

PUSA: Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana meluluskan cadangan pembinaan projek Jambatan Batang Saribas.

Justeru, beliau menasihatk­an penduduk kawasan pesisir pantai khususnya di Pusa dan Beladin agar mengambil peluang sedia ada bagi memasarkan produk berasaskan pertanian dan perikanan bagi meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi di sekitar kawasan tersebut apabila jambatan tersebut siap kelak.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sesi dialog mengenai ‘Coastal Road/Proposed Saribas Bridge Under Coastal Connectivi­ty Programme’ bersama komuniti dan pemimpin masyarakat tempatan yang dianjurkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Infrastukt­ur dan Pengangkut­an dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Residen Betong di Dewan Datuk Godam di sini, baru-baru ini.

Beliau menegaskan projek jambatan itu perlu diteruskan kerana daerah-daerah kecil pesisir telah lama wujud.

“Contohnya, populasi di Pusa telah mencapai jumlah 10,000 orang dan inilah justifikas­i kenapa projek ini perlu dijadikan satu kenyataan,” katanya yang juga merupakan ADUN Sebuyau.

Beliau juga berharap pro- jek itu akan dapat disiapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan lokasi cadangan tapak Jambatan Batang Saribas dilaksanak­an di tapak feri sedia ada berdasarka­n respons daripada program dialog bersama komuniti kawasan Pusa dan Beladin.

“Projek jambatan ini merupakan pelengkap kepada jajaran jalan pesisir di negeri Sarawak,” katanya lagi.

Hadir sama pada sesi dialog berkenaan ialah Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, ADUN Beting Maro Razaili Ghapor, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Safri Zainudin serta Residen Bahagian Betong.

 ??  ?? PENDEDAHAN: Pelajar merakam gambar bersama pihak UPMKB di Ladang Tenusu UPMKB.
PENDEDAHAN: Pelajar merakam gambar bersama pihak UPMKB di Ladang Tenusu UPMKB.
 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Julaihi (berdiri tengah) merakam kenangan bersama penduduk kampung selepas menghadiri sesi dialog di Pusa, baru-baru ini.
RAKAM KENANGAN: Julaihi (berdiri tengah) merakam kenangan bersama penduduk kampung selepas menghadiri sesi dialog di Pusa, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia