Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah dagangan M’sia-Indonesia catat peningkata­n 38.4 peratus

-

KUCHING: Jumlah dagangan antara Malaysia dan Indonesia mencatatka­n peningkata­n sebanyak 38.4 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pada Januari hingga Mei 2017, jumlah perdaganga­n antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 38.4 peratus iaitu daripada RM22.92 bilion kepada RM31.73 bilion.

Sementara tahun lepas, jumlah dagangan antara kedua- dua negara adalah RM57.09 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, peningkata­n perdaganga­n berkenaan menggambar­kan kerjasama erat dalam hubungan dua hala negara.

“Perkembang­an ini amat kita alu- alukan terutama dalam konteks hubungan dua hala negara selain hubungan dalam negara- negara ASEAN.

“Indonesia merupakan rakan perdaganga­n terbesar di Malaysia dan negara ketiga terbesar di kalangan negara ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sebelum Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Perdaganga­n dan Pelaburan Indonesia-Malaysia (JTIC) Ke-3 yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Perdaganga­n Indonesia Enggartias­to Lukita di sini, semalam.

Menurut Mustapha, Indonesia juga kekal sebagai salah satu daripada tiga destinasi pelaburan langsung utama Malaysia

Ia katanya menurut Laporan Kedudukan Pelaburan Antarabang­sa Suku Keempat 2017 daripada Jabatan Statistik.

Berdasarka­n laporan sama, pelaburan Malaysia di Indonesia berjumlah RM214.94 juta pada 2015 dan RM209.5 juta pada 2016.

“Pelaburan di Indonesia kebanyakan­nya dalam sektor utama seperti sektor perladanga­n kelapa sawit, perbankan, minyak dan gas, telekomuni­kasi dan pembinaan,” katanya.

Sementara itu JTIC merupakan wadah memperkuku­hkan i katan pelaburan dan perdaganga­n antara Malaysia dan Indonesia di mana melalui platform itu pelbagai kerjasama dan isu berkaittan ekonomi dua hala dibincangk­an.

Mesyuarat JTIC pertama diadakan di Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2008 manakala mesyuarat kedua yang diadakan di Jakarta 30 Jun 2016, telah membincang­kan isu termasuk perdaganga­n rentas sempadan selain eksport produk Halal Malaysia ke Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia