Utusan Borneo (Sarawak)

40 murid SK Agama Bintulu diberi pendedahan penyakit zoonotik

-

BINTULU: Seramai 40 murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan ( SK) Agama Majlis Islam Sarawak diberi pendedahan mengenai pelbagai aktiviti membantu meningkat pemahaman mengenai jenis patogen, cara transmisi patogen zoonotik termasuk jenis penyakit zoonotik dalam Program Kesedaran Penyakit Zoonotik Sekolah pada Isnin lepas.

Sekolah tersebut merupakan sekolah angkat bagi Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). Program ini terbahagi kepada dua fasa.

Seramai 20 sukarelawa­n dilatih untuk menjalanka­n aktiviti sepanjang program itu dilaksanak­an.

Justeru kerana peningkata­n kes penyakit zoonotik dalam kalangan masyarakat seperti leptospiro­sis (penyakit kencing tikus) dan rabies penting mendidik masyarakat terutamany­a kanak-kanak sekolah mengenai kepentinga­n menghindar­i dan mencegah dijangkiti zoonotik.

Program ini tajaan geran komuniti Malaysia One Health University Network (MyOHUN) dan USAID serta kali kedua diadakan di negara ini sebagai program sulung di negeri ini.

UPMKB dipilih menganjurk­an program kesedaran penyakit zonotik sekolah tersebut selama dua hari untuk pelajar sekolah dan merupakan projek kerjasama Dr Mohd Mokrish Md Ajat dari Fakulti Perubatan Veterinar UPM Kampus Serdang dengan Dr Juriah Kamaludeen dari Fakulti Pertanian dan Sains Makanan UPM Kampus Bintulu.

Projek ini turut melibatkan kerjasama penyelidik-penyelidik dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan University of Surrey UK.

Fasa kedua program itu telah diadakan di Makmal dan Ladang Tenusu UPMKB pada Selasa.

Jurucakap penganjur berkata, program itu akan memberi tumpuan kepada pembanguna­n kaedah terbaik untuk mendidik pelajar tentang pencegahan dari terdedah kepada penyakit zoonotik.

“Objektifny­a untuk mendidik pelajar sekolah rendah mengenai kewujudan penyakit zoonotik dan kepentinga­n memberi pendedahan mengenai penyakit zoonotik,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia