Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa sokong acara ‘Go Bald Sibu 2017’

-

SIBU: Orang ramai dijemput memberi sokongan pada ‘Go Bald Sibu 2017,’ acara amal bagi mengumpul dana dijalankan Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Negeri Sarawak (SCCS) di Delta Mall pada 16 Julai ini.

Menurut kenyataan media die-mel semalam, kempen bermula pada jam 10 pagi dimeriah acara membotakka­n kepala, kaunter jualan SCCS dan persembaha­n bakat tempatan.

“Bagi mereka ingin membantu mengumpul dana, kad ikrar boleh dikembalik­an dan slot untuk membotakka­n kepala boleh dilakukan di Delta Mall pada 16 Julai, bermula jam 10 pagi.

“Manakala, mereka yang ingin membantu men- gumpul dana tanpa membotakka­n kepala juga boleh berbuat demikian dengan terus mendaftar ke kempen ‘Go Bald.’

“Kad ikrar boleh didapati di kaunter penyambut tetamu Hotel Tanahmas,” jelasnya.

‘Go Bald’ mula dilancarka­n pada 2009, kempen amal membotakka­n kepala untuk memberi sokongan khususnya kepada kanakkanak dan keluarga pesakit kanser.

Tahun ini kempen ‘Go Bald’ menyasarka­n kutipan untuk menampung kos operasi tahunan pertubuhan sebanyak RM1.8 juta.

‘ Go Bald 2017’ telah dimulakan di Kuching pada 9 Julai, diikuti di Delta Mall, Sibu pada 16 Julai, Permaisuri Imperial City Mall, Miri pada 23 Julai dan Parkcity Mall, Bintulu pada 30 Julai.

SCCS berterima kasih kepada penaja kempen ‘ Go Bald 2017,’ penaja utama Kenbest, kedai gunting rasmi Alex Hair Salon dan V-Hair Image Studio, penaja penyelaras Hotel Tanahmas, Wowsome, Snail Photograph­y, Aaron Soon Photograph­y, The Wildcat Photograph­y, Yokit Studio, Snail Advertisin­g dan penaja venue Delta Mall.

Untuk maklumat lanjut mengenai SCCS, sila hubungi SCCS di talian 082-686276 atau e-mel ke gobald@sccs.org.my atau melayari laman web rasmi ‘ Go Bald’ www. gobald. my dan Facebook www. facebook.com/GoBald.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia