Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia yakin dapat kenal pasti penembak MH17

Data dikumpul oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) dapat mengenal pasti siapa pelakunya: Liow

-

PUTRAJAYA: Malaysia yakin bahawa pelaku yang bertanggun­gjawab mene m b a k j a t u h p e s a w a t Malaysia Airlines penerbanga­n MH17 di Ukraine pada 2014 akan dibawa ke pengadilan hasil siasatan menyeluruh, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara peringatan dan sesi taklimat di sini semalam dengan waris mangsa sempena ulang tahun ketiga tragedi penembakan jatuh MH17, Liow berkata data yang dikumpul oleh Pasukan Penyiasat Bersama ( JIT) telah dapat mengenal pasti pelakunya.

“JIT mengumpul dan menyiasat lebih satu bilion maklumat daripada laman web, Facebook dan Twitter selain menemurama­hkan lebih 200 saksi.

“Semuanya sangat terperinci. Kita yakin dapat mengenal pasti pelaku yang bertanggun­gjawab,” kata beliau.

Malaysia dan negara-negara anggota JIT iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju su- paya pendakwaan negara terhadap pihak yang bertanggun­gjawab menembak jatuh MH17 dilakukan di Belanda.

Pesawat Boeing B777, dilaporkan dalam penerbanga­n ke Kuala Lumpur dari Amsterdam membawa 298 penumpang dan kru apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.

Liow berkata siasatan pe- nuh dijangka siap awal tahun depan sebelum proses pendakwaan bermula.

“Kita akan memastikan keadilan dapat dikembalik­an kepada waris-waris mangsa MH 17,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada JIT telah membuat sebarang penangkapa­n setakat ini, Liow berkata “belum lagi kerana siasatan belum selesai”.

Beliau berkata Malaysia mahu ‘ pihak’ yang sebenarnya melancarka­n peluru berpandu itu tampil untuk memberitah­u apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut.

“P e l u r u b e r p a n - du BUK yang dilancarka­n dari darat ke udara yang menyebabka­n MH17 jatuh,” katanya. — Bernama

Semuanya sangat terperinci. Kita yakin dapat mengenal pasti pelaku yang bertanggun­gjawab. Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkut­an

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Liow ketika sidang media selepas taklimat bersama waris mangsa pesawat MAS MH17 di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Liow ketika sidang media selepas taklimat bersama waris mangsa pesawat MAS MH17 di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia