Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Mega: 54 PATI dipenjara satu hingga tiga bulan

-

SEPANG: Seramai 54 Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI) masing- masing dipenjara satu hingga tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgu­nakan pas lawatan di negara ini.

Kesemua PATI itu yang terdiri daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, India dan Thailand membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Saifulakma­l Mod Said.

Mahkamah memerintah hukuman penjara terhadap kesemua PATI itu bermula daripada tarikh mereka tangkap.

Seramai 25 orang PATI ditahan di sekitar Shah Alam, Selangor manakala 29 orang lagi ditahan di sekitar Wilayah Persekutua­n Putrajaya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/ 63 ( pindaan 2002), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 39(b), Per- aturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Jabatan Imegresen Putrajaya dan Shah Alam.

Kesemua PATI berkenaan ditahan dalam Operasi Mega E-Kad bermula 1 Julai lep- as di beberapa lokasi di sekitar Shah Alam dan Putrajaya susulan tamatnya tempoh pendaftara­n program kad sementara Enforcemen­t Card (E-Kad) Jabatan Imigresen.

Program E-Kad bertujuan memenuhi permintaan majikan bagi mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor yang dibenarkan dengan kad berkenaan hanya sah sehingga 15 Feb 2018.

Pendaftara­n bagi program itu dimulakan pada 15 Feb dan berakhir 30 Jun lepas di Semenanjun­g Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIPENJARAK­AN: Seramai 54 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masing-masing dipenjara satu hingga tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Sepang semalam selepas mengaku bersalah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgu­nakan...
— Gambar Bernama DIPENJARAK­AN: Seramai 54 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masing-masing dipenjara satu hingga tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Sepang semalam selepas mengaku bersalah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgu­nakan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia