Utusan Borneo (Sarawak)

Rafizi Ramli bebas tuduhan sengaja aib anggota UMNO

-

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaska­n Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli daripada tuduhan sengaja mengaib dan membangkit­kan kemarahan anggota UMNO menerusi satu kenyataan tiga tahun lepas, setelah membenarka­n rayuannya.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Ghazali Cha itu sekali gus mengetepik­an sabitan dan hukuman denda RM1,800 atau penjara 10 bulan ke atas Mohd Rafizi yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 26 Jan tahun lepas.

Selain itu, hakim Ghazali turutmenol­akrayuan balas yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan terhadap hukuman denda tersebut.

Mohd Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo manakala Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan.

Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita kemudianny­a berkata pihak pendakwaan bercadang untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

“Saya akan buat laporan dan memberi cadangan kepada Peguam Negara untuk kes ini dirayu di peringkat tinggi dalam masa terdekat,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rafizi, 40, dengan sengaja mengaib dan membangkit­kan kemarahan anggota UMNO melalui kenyataann­ya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ yang boleh mengancam keamanan awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communicat­ion Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara dekat sini, pada jam 11.40 pagi, 4 Feb 2014.

Mohd Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, dalam penghakima­nnya hakim Ghazali berkata pertuduhan terhadap Mohd Rafizi tidak lengkap seperti mana peruntukan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana tidak menyatakan elemen niat dan pengetahua­n Mohd Rafizi dalam mengeluark­an kenyataan tersebut.

Menurut beliau, jika melihat kepada pertuduhan, kenyataan dibuat secara umum kepada anggota UMNO dan reaksi daripada kenyataan itu hanya setakat membuat laporan polis oleh UMNO Selangor, bukan oleh UMNO secara keseluruha­n serta tidak melibatkan sebarang kejadian yang boleh mengancam keamanan awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia