Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi penguat kuasa boleh mohon bantuan polis bagi operasi berisiko

-

TUMPAT: Agensi penguat kuasa termasuk pihak berkuasa tempatan boleh mendapatka­n bantuan daripada polis dalam melaksanak­an sesuatu operasi yang berisiko dari segi keselamata­n.

K e t u a P o l i s K e l a n - tan Datuk Hasanuddin Hassan berkata pihaknya sentiasa menyediaka­n pegawai dan anggota bagi membantu mana- mana agensi penguat kuasa supaya operasi yang dilaksanak­an mereka tidak berlaku kekecohan atau pergaduhan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden sepasukan anggota penguat kuasa Majlis Perbandara­n Kota Bharu (MPKB) diserang sekumpulan lelaki ketika menjalanka­n operasi di sebuah kedai makan di Kota Bharu malam kelmarin.

“Susulan kejadian itu, polis bertindak menahan dua lelaki dan merampas sebilah parang panjang di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Zaharuddin Rasip kepada Supt Nik Azlan Nik Ibrahim.

Dalam kejadian malam tadi sekumpulan lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan MPKB di kedai makan terbabit bertindak ganas dengan mengeluark­an parang dan kerambit bertujuan menghalang tugasan pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan lelaki terbabit kemudianny­a bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah lori milik MPKB selain kumpulan sama bertindak menyerang dan merosakkan kereta dan rumah seorang pegawai yang mengetuai operasi berkenaan.

Sementara itu, Zaharuddin yang bertugas selama empat tahun sebagai Ketua Polis Daerah Tumpat akan menjawat jawatan baru sebagai Ketua Polis Daerah Muar, Johor dan digantikan oleh Nik Azlan dari IPD Gombak, Selangor.

Nik Azlan yang mula bertugas hari ini menyatakan akan meningkatk­an pelaksanaa­n program ‘ Pengawasan Komuniti’ di daerah itu bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat.

Beliau berkata hubungan rapat dengan ketua kampung, penghulu dan sebagainya amat penting kerana mereka dapat menyalurka­n segala maklumat berkaitan jenayah di kawasan masing- masing kepada polis dengan lebih tepat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia