Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tahanan lari: Lapan polis bebas reman

-

GEORGE TOWN: Lapan anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes seorang tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri awal pagi Ahad lepas, dibebas dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman mereka tamat semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata lapan anggota berumur 27 hingga 59 tahun itu digantung kerja sehingga siasatan selesai.

“Nelayan berusia 56 tahun yang turut ditahan pula disambung reman selama tiga hari lagi untuk siasatan lanjut.

“Semua anggota polis itu bukan dibebaskan terus sebaliknya dengan jaminan polis dan jika didapati terlibat mereka akan didakwa di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Kontinjen Pulau Pinang, di sini semalam.

Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, tiga tahanan dibawa keluar dari lokap berpusat Bayan Baru pada 2 pagi dengan alasan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatka­n rawatan. Bagaimanap­un, siasatan mendapati mereka dibawa bertemu keluarga masing- masing di Sungai Ara.

Seorang daripada tahanan terbabit berumur 43 tahun melarikan diri ketika dikatakan bertemu dengan rakannya di Sungai Nibong selepas menemui keluargany­a di sebuah kondominiu­m di Sungai Ara.

Chuah berkata kertas siasatan kes itu hampir siap dan pihaknya sedang melengkapk­an beberapa lagi maklumat sebelum menyerahka­nnya kepada Bukit Aman untuk dapatkan arahan tambahan dan seterusnya mengemukak­an kepada Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini seramai 15 saksi yang mempunyai kaitan dan maklumat berhubung kejadian itu termasuk anggota keluarga tahanan yang melarikan diri telah direkod keterangan. Saya percaya kertas siasatan kes berkenaan dapat disiapkan dalam masa terdekat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia