Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan pengguna rugi RM61,491 dakwa ditipu pembelian pembersih air

-

SIBU: Sembilan pengguna mengalami kerugian sebanyak RM61,491 selepas mereka dipercayai ditipu membabitka­n pembelian produk serta dijanji pulangan yang lumayan.

Ketua Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Sibu Kasim Mana berkata, daripada sembilan aduan yang diterima, pihaknya bertindak ke atas empat kes.

“Barang bernilai RM64,406 dirampas daripada empat kes itu. Ini kali pertama aduan seperti itu diterima di sini dan tindakan diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindung­an Pengguna 1999.

“Pengadu juga boleh mendaftar dengan Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatka­n ganti rugi terhadap peniaga yang tidak bertanggun­gjawab serta beretika,” ujarnya kepada pemberita ketika dihubungi, kelmarin.

Kasim memberitah­u, aktiviti itu mula dikesan pada 20 Jun tahun ini, berikutan aduan daripada dua mangsa, diikuti dua aduan pada 22 Jun, 23 Jun (2), 30 Jun (1) dan 5 Julai (1).

Beliau berkata, aktiviti itu dijalankan di kompleks beli-belah berlainan di mana kebanyakan mangsa membeli pembersih air.

“Semua sembilan mangsa telah membuat laporan polis,” jelas Kasim.

Ditanya mengenai modus operandi, beliau memberitah­u pengguna mulanya ditawarkan memilih baucar, di mana lebih banyak baucar akan diberikan bagi barangan lebih mahal.

Kasim berkata, pengguna akan menggunaka­n baucar tersebut membayar sebahagian produk pilihan mereka, manakala baki diselesai dengan kad kredit atau kad debit.

“Untuk merangsang pengguna, mereka kemudian dijanjikan pulangan selain hadiah percuma daripada pembelian, mereka boleh mengambiln­ya hari berikutnya.

“Tetapi apabila mereka kembali keesokan harinya untuk mengambil ‘pulang’ dan hadiah percuma, mereka diberitahu untuk kembali dalam masa dua minggu.

“Bagaimanap­un, selepas tempoh dua minggu itu tiba, mangsa tidak dapat lagi menghubung­i pihak terbabit dan kedai tersebut juga dipindah,” jelasnya.

Sehubungan itu, Kasim menasihati orang ramai terutama pengguna pernah menjadi mangsa melibat kes sama agar membuat laporan polis dan datang ke pejabat KPDNKK untuk mendapatka­n bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia