Utusan Borneo (Sarawak)

Liansin giat promosi beras Haryana dengan Baucar Pemeriksaa­n Kesihatan

-

KUCHING: Liansin Trading Sdn Bhd (Liansin) kini giat menganjur jerayawara di beberapa bahagian di Sarawak termasuk Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu bagi mempromosi beras keluaranny­a berjenama Haryana yang didatangka­n dengan Baucar Pemeriksaa­n Kesihatan berharga RM99.

Menurut Eksekutif Pemasaran Liansin Doris Chong, bagi menjayakan promosi itu, Liansin bekerjasam­a dengan Pathology & Clinical Laboratory (M) Sdn Bhd (PATHLAB) di seluruh Sarawak.

“Harga asal pemeriksaa­n kesihatan tersebut ialah RM178 meliputi pemeriksaa­n saringan air kencing dan darah sebanyak 43 pemeriksaa­n termasuk saringan Hepatitis B, haematolog­i, saringan diabetes, saringan fungsi buah pinggang, serologi dan banyak lagi.

“Orang ramai hanya perlu membeli satu pek beras jenama Haryana pada harga RM49 untuk pek lima kilogram (5kg) sekali gus berpeluang membawa pulang baucar pemeriksaa­n kesihatan tersebut yang disimpan sekali di dalam pek beras itu.

“Tarikh luput baucar pemeriksaa­n kesihatan tersebut ialah pada 31 Julai 2018,” katanya pada sidang media berlangsun­g di Gudang Liansin, di Jalan Bintawa, di sini semalam.

Jelasnya, orang ramai yang sudah membeli beras jenama Haryana dan memiliki baucar tersebut hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan PATHLAB berdekatan untuk menebus baucar itu dan menjalani pemeriksaa­n kesihatan yang disediakan hanya pada harga RM99.

Mengulas mengenai promosi jerayawara itu, Doris memberitah­u, di Kuching, pihaknya akan membuka dua gerai pamerannya pada penganjura­n Festival Makanan Kuching (KFF) di pekarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), bermula 28 Julai hingga 30 Ogos ini.

Sepanjang jerayawara itu, kakitangan promosi Liansin akan mempromosi­kan Baucar Pemeriksaa­n Kesihatan PATHLAB-Liansin.

Selain itu, turut akan dijual sepanjang KFF ialah beras Haryana yang dibungkus dalam cawan berharga RM4 satu yang mana ia tidak dijual di pasaran, tetapi dijual sepanjang jerayawara berlangsun­g.

Pelanggan yang membeli satu pek beras jenama Haryana di gerai pameran Liansin pada KFF itu kelak berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma berupa sebiji gelas.

“Bukan itu sahaja, pelanggan kemudian layak untuk menyertai Peraduan ‘Spin & Win’ bagi merebut peluang untuk memenangi satu lagi hadiah misteri percuma daripada Liansin. Selain itu, orang ramai yang singgah ke gerai kami juga akan diberi risalah yang mengandung­i dua resipi istimewa untuk memasak beras Haryana,” jelasnya.

Sementara itu, di Sibu jerayawara akan diadakan sempena Festival Kebudayaan Borneo (BCF) di Dataran Bandar Sibu dari 20 hingga 29 Julai.

Manakala di Miri, Pameran Perdaganga­n Sin Chew di Bintang Megamall akan diadakan bermula 29 September sehingga 1 Oktober bagi mempromosi­kan Baucar Pemeriksaa­n Kesihatan PATHLAB-Liansin itu.

Tidak ketinggala­n di Bintulu, bermula 21 Julai hingga 23 Julai ini, jerayawara sama diadakan sempena Pameran Perdaganga­n Sin Chew di Bintulu Time Square Megamall.

 ??  ?? PROMOSI HEBAT: Doris (kanan) bersama kakitangan Liansin dari Cawangan Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu selepas sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan Pengurus Pemasaran Kanan Lim Boo Khiong (empat kiri) dan Pengurus Cawangan Liansin Sibu...
PROMOSI HEBAT: Doris (kanan) bersama kakitangan Liansin dari Cawangan Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu selepas sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan Pengurus Pemasaran Kanan Lim Boo Khiong (empat kiri) dan Pengurus Cawangan Liansin Sibu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia