Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa, guru bentuk keperibadi­an anak

Kerjasama erat akan lahir generasi terdidik dengan nilai murni, kekuatan dalaman: Ding

- Oleh Reno Benjamin

BINTANGOR: Tanggungja­wab menentukan keperibadi­an anak- anak adalah tanggungja­wab bersama antara ibu bapa dan guruguru di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kecemerlan­gan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.

“Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah,” ujarnya ketika berucap merasmikan Hari Permuafaka­tan SMK Bandar Bintangor, baru-baru ini.

Pada majlis sama, turut berlangsun­g Pelancaran Program Jogaton 2017, Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an, Hari Pelaporan dan Permaufaka­tan Bersama Ibu Bapa serta Program Gotong-Royong PIBG.

Hadir sama Pengetua SMK Bandar Bintangor Hii Kwong Ung, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Meradong Ismail Abang Mahamud serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Matthew Manggang Sol.

Menurut Ding, tidak adil untuk melepaskan tanggungja­wab sepenuhnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah semata-mata.

Dalam konteks ini, ka- tanya, PIBG sekolah juga perlu bersikap proaktif untuk menyumbang­kan usaha ke arah tersebut.

“Kita berbangga kerana setakat ini kerjasama yang padu dan erat telah ditunjukka­n oleh pihak sekolah dan PIBG di sekolah ini. Tahniah kepada semua ahli PIBG dan juga ibu bapa.

“Kerjasama yang baik ini telah berjaya membantu pihak sekolah dalam meningkatk­an prestasi dan pencapaian dalam peperiksaa­n PT3 dan SPM 2016,” jelasnya.

Di samping itu, beliau berharap agar ibu bapa menghargai jasa guru-guru sekolah dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak, berbincang­lah dengan penuh hemah dan bijaksana.

Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting, katanya, tidak akan mendatangk­an kebaikan kepada semua pihak.

“Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah menerang dan menghebahk­an program, aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah,” ujar Ding.

Ding juga memberitah­u, satu bangunan pendidikan khas akan dibina di sekolah terbabit dengan kos RM38,000 pada tahun ini.

Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif

rumah. ” di luar Datuk Ding Kuong Hiing ADUN Meradong

 ??  ?? KEMUDAHAN: Pihak kontraktor sudah memulakan kerja asas bagi tujuan projek pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang di Ocean Park, Miri.
KEMUDAHAN: Pihak kontraktor sudah memulakan kerja asas bagi tujuan projek pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang di Ocean Park, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia