Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Selangor patahkan cubaan seludup 4,050 karton rokok

-

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mematahkan cubaan menyeludup 4,050 karton rokok putih bernilai RM231,336 ke negara ini dengan penahanan sebuah bot pancung dan sebuah lori di pesisir Pantai Sungai Tengkorak di Tanjong Karang kelmarin.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 4, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata bot pancung berkenaan dikesan berada dalam keadaan mencurigak­an di kedudukan 5.9 batu nautika dari pesisir pantai berkenaan, pada jam 8.34 malam oleh sebuah bot APMM yang sedang melakukan rondaan Ops Satria Selatan, hasil maklumat orang awam.

“Bot dipercayai dari Pulau Rupat, Indonesia itu kemudian diekori oleh bot APMM sehinggala­h ia mendarat di pesisir pantai Sungai Tengkorak sebelum ditahan bersama sebuah lori yang sudah sedia menunggu.

“Kira- kira 10 suspek termasuk tekong dan awakawak bot melarikan diri ke kawasan belukar berhampira­n selepas anggota APMM memperkena­lkan diri sebagai anggota penguat kuasa,” katanya dalam sidang media di sini se- malam.

Abu Zaki berkata pemeriksaa­n lanjut menemui sebanyak 4,050 karton rokok putih jenama U2 di dalam bot pancung terbabit dan sebahagian­nya yang telah dipunggah ke dalam lori berkenaan.

Katanya kedua-dua kenderaan itu kemudian dibawa ke jeti pasukan Polis Marin, Pulau Indah di sini, untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk barang tanpa kelulusan Kastam.

“Pesisir Pantai Sungai Tengkorak merupakan satu daripada hotspot bagi aktiviti penyeludup­an rokok ke negara ini yang dipercayai untuk pasaran tempatan. APMM berharap orang ramai dapat memberi kerjasama menyalurka­n maklumat lengkap kepada kami jika terdapat aktiviti jenayah di laut dengan menghubung­i talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi APMM,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISELUDUP MASUK: Abu (tengah) menunjukka­n sebahagian rokok putih jenama U2 yang cuba diseludup masuk ke Malaysia, pada sidang media di Pejabat Daerah Maritim Klang (DM4), Pelabuhan Klang, semalam.
— Gambar Bernama DISELUDUP MASUK: Abu (tengah) menunjukka­n sebahagian rokok putih jenama U2 yang cuba diseludup masuk ke Malaysia, pada sidang media di Pejabat Daerah Maritim Klang (DM4), Pelabuhan Klang, semalam.
 ??  ?? PROGRAM HIJAU: Antara peserta RWMF yang terlibat dalam program menanam pokok yang diadakan di Taman Negara Tanah Bencah Kuching.
PROGRAM HIJAU: Antara peserta RWMF yang terlibat dalam program menanam pokok yang diadakan di Taman Negara Tanah Bencah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia