Utusan Borneo (Sarawak)

Dipenjara 32 bulan bersalah simpan harta curi

-

KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2017 meneruskan tradisi tahunan iaitu aktiviti penanaman pokok, dengan menanam 200 batang pokok bakau (Rhizophora mucronata), semalam.

Acara diadakan di Taman Negara Tanah Bencah Kuching yang terletak kira-kira 14 kilometer dari pusat bandar raya.

Peserta RWMF serta pengamal media dari seluruh dunia yang dijemput turut menanam lebih dari 1,000 pokok.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Mary Wan Mering berkata, pokokpokok bakau berkenaan yang tumbuh akan membantu menghalang hakisan pantai.

“Dalam beberapa tahun, ia akan membentuk ekosistem yang lengkap di mana haiwan boleh mencari tempat tinggal serta makanan.

“Aktiviti ini lebih daripada penanaman pokok,kerana ia bukan sahaja memberi kesan semasa festival atau acara di Kuching dalam jangka masa pendek tetapi sebenarnya memberi manfaat kepada Tanah Bencah Kuching untuk bertahun lamanya,” kata beliau.

Mary menegaskan RWMF telah berkembang dengan pesat dalam aktiviti hijau mereka dengan menggabung­kan cara baharu dalam mengurangk­an atau mengitar semula sampah atau pelepasan karbon.

“Kami mempunyai bas ulang-alik untuk mengurangk­an pelepasan karbon dan kami juga telah mengusahak­an sisa biodegrada­si,” katanya.

Mary turut berterima kasih kepada Jabatan Hutan Sarawak atas sokongan mereka dalam program penanaman pokok sejak tahun 2011.

Lebih 100 peserta RWMF bersama pengamal media tempatan serta antarabang­sa menyertai acara penanaman pokok berkenaan.

RWMF 2017, yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak akan menampilka­n 29 kumpulan pada acara selama tiga hari yang bermula 14 hingga 16 Julai ini.

STB menyasarka­n 20,000 pengunjung festival yang turut menggarisk­an pelbagai aktiviti seperti program kesihatan dan kecergasan, kesenian, kraftangan selain bazar kraft dan makanan tradisiona­l. MIRI: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara 32 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah atas tuduhan menyimpan dan menyembuny­ikan harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Mohd Faizal Yasin, 33, dari Kampung Lereng Bukit di sini telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Kes- eksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah didapati dengan curang menyimpan harta curi iaitu sebuah kereta Honda Civic 2.0 kepunyaan Zulkifli Abdullah.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada jam 6.20 petang, 25 April tahun ini di No.45 Kampung Lereng Bukit, Jalan Miri-Pujut di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah menyembuny­ikan harta curi iaitu sebuah Galaxy Tablet S jenama Samsung kepunyaan Liza Ismawi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang, 30 April lalu di sebuah lot di Jalan Pelita 3, Pusat Komersil Pelita di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili merayu hukuman diringanka­n memandangk­an dia telah berkahwin dan mempunyai empat anak, manakala isterinya baharu lepas bersalin.

B a g i k e s a l a h a n pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 14 bulan berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan iaitu 25 April lalu.

Sementara bagi kesalahan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan mahkamah memerintah­kan hukuman penjara itu dijalaniny­a serentak dengan hukuman pertama.

Pada 15 Jun lalu, tertuduh didenda RM4,000 atau lima bulan penjara oleh mahkamah sama setelah mengaku bersalah atas tuduhan menyembuny­ikan harta curi iaitu seutas rantai dan tiga bentuk cincin kepunyaan Liza Ismawi kepada seorang pemilik kedai emas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama Choon Boon Chung antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang, 24 April lalu di sebuah kedai emas di Pusat Komersil Emart.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia